saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/06/2008

Nasib rakyat diperalat sindiket dadah antarabangsa dibela

JELEBU 15 Jun - Rakyat Malaysia terutama wanita yang diperalatkan oleh sindiket penyeludupan dadah dan telah dipenjarakan di luar negara akan diberi pembelaan sewajarnya.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, mereka yang teraniaya itu perlu mendapat keadilan dan ketika ini, Wisma Putra sentiasa membantu mereka yang terpedaya itu.

"Soal kita mengabaikan mereka dalam mendapatkan keadilan dan pembelaan tidak harus timbul kerana pegawai kedutaan kita sentiasa memastikan hak asasi mereka sebagai tahanan sentiasa dipatuhi pihak berkuasa di mana mereka ditahan atau dipenjarakan.

"Ini termasuk membuat lawatan sekurang-kurangnya sekali sebulan bagi memastikan mereka diberi layanan adil dan diberi kebenaran mendapatkan peguam bagi proses perbicaraan serta menyampaikan kiriman keluarga," kata beliau di sini hari ini.

Pada masa yang sama juga, Rais mahu keluarga mangsa dan masyarakat memahami tugas Wisma Putra yang hanya bertanggungjawab memberi nasihat dan bimbingan serta tidak boleh sesekali mencampuri atau mempengaruhi perundangan di negara mereka ditahan.

Menurut beliau, peningkatan kes membabitkan wanita negara ini diperalat sindiket dadah semakin membimbangkan apabila seorang lagi wanita Malaysia ditahan kerana cuba membawa masuk dadah dari sebuah negara lain ke Sepanyol, 29 Mac lalu.

Wanita keturunan India berusia 20-an itu kini ditahan di Penjara Soto Del Real, Madrid, difahamkan telah diperalat oleh satu sindiket dadah antarabangsa yang memaksanya menelan 100 kapsul dipercayai mengandungi dadah jenis kokain untuk diseludup ke negara itu.

Ketika ini beberapa lagi wanita Malaysia turut ditahan di Penjara Soto Del Real, termasuk wanita berusia 24 tahun berasal dari Klang, Selangor yang ditahan pihak berkuasa Sepanyol sejak 21 Mac lalu kerana cuba menyeludup kokain dari Brazil.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kesal dengan peningkatan itu turut mengingatkan wanita supaya tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan janji manis pihak yang baru dikenali bagi mengelak diperalat sindiket penyeludupan dadah.

Rais menegaskan, beliau masih berkeyakinan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dan mengambil berat mengenai anak mereka ke luar negara dengan memastikan tujuan sebenar sekali gus mengelakkan mereka menjadi 'keldai' dadah.

"Kita dapati kes membabitkan ramai rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah semakin meningkat apabila beberapa kes lagi akan menyusul daripada 139 kes yang sudah dibawa ke perhatian kita setakat ini.

"Mereka ini, kebanyakan wanita terpelajar yang menjadi mangsa tipu daya sindiket yang menjanjikan pendapatan lumayan dan akhirnya terjebak. Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengambil berat sekiranya mereka hendak ke luar negara," kata Rais.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.