saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 16/06/2008

Kenal pasti kesalahan bahasa penerbitan

SEJAK kebelakangan ini, perhatian masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu agak kurang. Jelas bahawa keghairahan terhadap bahasa Inggeris telah menyebabkan bahasa Melayu dikesampingkan. Sementara banyak jabatan kerajaan memberikan latihan terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan kakitangannya, kita hampir tidak pernah mendengar adanya sebarang latihan kepada mereka untuk mempertingkat penguasaan bahasa Melayu.

Usaha mempertingkat penggunaan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu, dilihat suatu yang menongkah arus. Usaha itu akan dipandang sinis kalaupun tidak menjadi bahan sendaan. Akibatnya, badan kerajaan sendiri, termasuk yang diamanahkan untuk menjaga bahasa Melayu, tidak banyak berbuat apa-apa untuk memperkasa bahasa kebangsaan.

Sudah tentu hal itu mengecewakan kita sebagai pencinta bahasa. Walhal kita sedar bahawa bahasa Melayu yang dibina dan diperjuangkan sejak lima dekad lalu, kini memerlukan usaha dan tenaga kita pula untuk membolehkannya terus kukuh. Hanya dengan usaha kita kini, bahasa Melayu yang kita cintai ini dapat kita wariskan kepada generasi selepas kita.

Penulisan dan penerbitan merupakan sumber yang utama bagi dokumentasi bahasa. Kesilapan yang berlaku dalam penggunaan bahasa akan membawa implikasi yang buruk. Mesej yang diinginkan tidak sampai kepada pembaca. Kesalahan yang ditulis dan diterbitkan akan kekal dan akan dianggap betul jika dilakukan dengan berterusan.

Demikian kita menggunakan kata-kata seperti "istirehat", "pengkalan", "trampil", dan "metod" yang salah, sedangkan yang betul ialah "istirahat", "pangkalan", "terampil", dan "metode". Namun disebabkan sudah menjadi kebiasaan, yang salah itu kita rasakan yang betul.

Kesalahan bahasa dalam penulisan banyak kita temui dalam media massa. Orang yang seharusnya bertugas untuk membetulkan kesalahan bahasa ialah editor atau penyunting, iaitu mereka yang ditugaskan untuk menjadi perantara di antara penulis dengan pembaca. Mereka bertugas untuk membantu penulis menyampaikan mesejnya.

Dalam tugasnya itu, ia perlulah membetulkan kesilapan bahasa yang ada, sama ada dari segi sintaksis, morfologi, ejaan, laras, retorika, dan sebagainya. Justeru, seorang penyunting yang baik perlulah peka dengan kesilapan yang berlaku dalam bahasa.

Dengan kesedaran dan semangat itulah, Ikatan Editor Nasional yang pembentukannya masih di peringkat awal dengan kerjasama Medium Books & Consultancy akan menganjurkan Seminar Kesalahan Bahasa Dalam Penulisan dan Penerbitan.

Seminar yang akan diadakan pada 19 hingga 20 Ogos 2008 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ini akan menampilkan lima orang mahaguru bahasa yang sedang atau telah berperanan besar dalam meletakkan bahasa Melayu pada kedudukannya kini. Mereka ialah Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar Hamid yang pernah diangkat sebagai salah seorang pejuang bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, Profesor Dr. Awang Sariyan,Profesor Dr. Hashim Musa dan Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood.

Antara lain, seminar itu bertujuan untuk memberikan bimbingan tentang pelbagai bentuk kesalahan bahasa yang terdapat dalam penulisan dan penerbitan. Selain itu, isu dalam kesalahan bahasa seperti retorik, penggunaan ayat, pemilihan kata, ejaan, laras, dan penggunaan umum juga akan dibincangkan. Peserta juga akan dibimbing akan cara-cara meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan dan penyuntingan.

Dalam seminar dua hari itu nanti, Datuk Abu Bakar akan menyampaikan ceramah yang bertajuk Kesalahan Retorik Dalam Penulisan dan Penerbitan, sementara Dr. Nik Safiah akan menyentuh Kesalahan Ayat Dalam Penulisan dan Penerbitan. Dua ceramah lain ialah tentang kesalahan ejaan dan kesalahan morfologi yang masing-masing akan disampaikan oleh Dr. Abdul Hamid dan Dr. Hashim. Kedua-dua mereka bersama-sama Dr. Naik Safiah merupakan pengarang buku Tatabahasa Dewan yang digunakan dengan meluas itu.

Dr. Awang pula yang kini memegang kursi Pengajian Melayu di Universiti Beijing, China pula akan kembali ke tanah air untuk menyampaikan dua sesi ceramah yang bertajuk Kesalahan Umum Bahasa dan Kesalahan Laras Bahasa.

Seminar Kesalahan Bahasa ini terbuka kepada orang ramai khususnya editor, pensyarah, guru, penulis, pegawai penerbitan, dan individu yang berminat. Mereka yang berminat menyertai seminar ini boleh melayari laman web www.mediumbooks. net atau menghubungi nombor 03- 89259085 atau 013-3077722 untuk mendapat makluman lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.