saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 17/06/2008

182 nelayan tuntut pampasan


nelayan-nelayan yang berkumpul bersama keluarga menuntut pampasan daripada pemaju projek Jambatan Kedua Permas Jaya di Kampung Plentong Tengah, Johor Bharu, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 16 Jun - Seramai 182 nelayan di Zon Plentong menuntut pampasan daripada pemaju projek Jambatan Kedua Permas Jaya di sini yang didakwa menjejaskan pendapatan harian mereka.

Mereka yang merupakan ahli Persatuan Nelayan Johor Selatan menuntut pampasan keseluruhan sebanyak RM302,400 sebagai ganti rugi ekoran kerja pembinaan jambatan itu beberapa bulan lalu.

Selain nelayan dari Kampung Plentong Tengah, Kampung Bakar Batu, Kampung Pengkalan Sungai Balak, Kampung Senibong, Kampung Orang Asli Stulang Laut dan Kampung Ulu Plentong, turut terjejas ialah 70 nelayan dari Kampung Lekoh, Kampung Orang Asli Kuala Masai dan Kampung Pasir Gudang Baru.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Azli Mohd. Aziz berkata, hasil pertemuan dan perbincangan dengan wakil pemaju sebelum ini, pemaju berkenaan hanya bersetuju untuk membayar saguhati berjumlah RM30,000 sahaja.

Jumlah itu nyata tidak dipersetujui oleh golongan nelayan di situ kerana ia terlalu kecil berbanding tuntutan mereka.

Sehubungan itu, pihak pemaju berkenaan telah membawa memorandum tuntutan tersebut kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk sama-sama membayar ganti rugi tersebut kerana projek jambatan kedua itu di bawah tanggungjawab JKR.

"Kami tidak menghalang kerja-kerja pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan, namun hak para nelayan ini tidak harus diketepikan.

"Kami bukan menuntut pampasan bagi sepanjang tiga tahun projek itu hendak disiapkan, sebaliknya ia hanya untuk tempoh tiga bulan iaitu sepanjang kerja-kerja penanaman cerucuk dilakukan dan sebulan bagi tempoh pemulihan sumber," katanya ketika ditemui bagi menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati yang dihadiri lebih 100 nelayan di Kampung Plentong Tengah, di sini kelmarin.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Pengkalan Nelayan Kampung Plentong Tengah, A. Rahim Talam; Ketua Pengkalan Nelayan Kampung Bakar Batu, Salleh Ibrahim dan Ketua Pengkalan Orang Asli Stulang Laut, Kelah Lah.

Menurut Azli, ekoran kerja-kerja penanaman cerucuk yang dilakukan itu, nelayan terpaksa menangkap ikan dan hasil laut dalam jarak lebih lima kilometer dari lokasi asal.

Malah, nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya terhadap aktiviti menangkap ikan di sepanjang Sungai Plentong, Sungai Masai, Sungai Rekoh dan Sungai Luncu itu dikatakan turut terjejas hampir 50 peratus.

"Jika sebelum ini mereka mampu meraih pendapatan kira-kira RM50 sehari iaitu pada waktu pagi, tetapi kini untuk mendapat RM25 sehari memaksa mereka turun dua atau tiga kali ke laut iaitu pada waktu pagi, petang dan malam.

"Semua itu disebabkan hasil laut telah berpindah dalam lingkungan jarak lima kilometer dan ada juga pengusaha kelong yang menanggung kerugian apabila hasil laut mereka dipercayai turut mati disebabkan air yang kotor akibat kerja-kerja yang dilakukan itu," katanya.

Justeru, pihaknya berharap, pertemuan antara pemaju dan nelayan yang dijadual pada minggu ini akan mencapai kata sepakat dan boleh memuaskan hati semua nelayan terlibat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.