saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/06/2008

PM tidak tahu soal parti keluar BN

KOTA KINABALU 17 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak tahu mengenai sebarang langkah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) meninggalkan BN dan membentuk sebuah gabungan bebas.

"Saya tiada diberitahu apa-apa mengenainya," kata Perdana Menteri kepada pemberita di sini hari ini.

Abdullah yang juga Pengerusi BN diminta mengulas mengenai laporan baru-baru ini kononnya sebuah parti komponen BN sedang menimbang untuk keluar daripada gagasan itu.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menegaskan tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi.

Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.

Beliau berkata, parti itu tidak ada membincangkan perkara tersebut dan memberi jaminan SAPP akan kekal sebagai parti komponen BN.

Ahad lepas, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membayangkan sebuah parti komponen dari Malaysia Timur mungkin meninggalkan BN sebelum hujung bulan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.