saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/06/2008

Penunjuk perasaan bebas 48 tebusan

LIMA 18 Jun - Penunjuk perasaan di Peru membebaskan 48 orang anggota polis yang ditahan sebagai tebusan semalam, tetapi kerajaan masih berdepan dengan masalah untuk menamatkan demonstrasi bantahan terhadap cukai perlombongan ketika pekerja lombong menjalankan mogok di satu lagi lombong tembaga.

Penduduk wilayah Moqegua kini menguasai jalan-jalan raya termasuk lebuh raya utama ke Chile dan menghalang kemasukan ke loji peleburan Ilo dan lombong Cuajone milik pengeluar tembaga terbesar Peru, Southern Copper Corp.

Kesemua mereka mahu wilayah mereka diberikan lebih banyak wang daripada pendapatan cukai syarikat tersebut.

"Kesemua polis yang ditahan secara haram telah dibebaskan," kata ketua turus kepada Presiden Alan Garcia, Jorge del Castillo.

Castillo menyeru orang ramai supaya merundingkan perjanjian berhubung cukai perlombongan dan menghentikan sekatan jalan raya yang telah menyebabkan masalah bekalan bahan makanan dan minyak.

Beberapa jam sebelum penunjuk perasaan berjaya dipujuk agar membebaskan tebusan, pekerja kesatuan di lombong Cuajone memulakan mogok dua hari bagi menuntut faedah kerja lebih baik, isyarat terbaru menunjukkan Garcia menerima tekanan untuk mengagihkan kekayaan kepada rakyat selepas enam tahun ledakan ekonomi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.