saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/06/2008

Bekas Menteri Penerangan diserang angin ahmar

KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat dimasukkan ke unit nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam selepas diserang angin ahmar.

Beliau dikejar ke HKL oleh anak bongsunya, Nur Jasni kira-kira pukul 7 malam setelah diserang angin ahmar yang menyebabkan sebahagian anggota badan kirinya lemah.

Setelah pemeriksaan dilakukan, Mohamed yang berusia 70 tahun, bagaimanapun hanya mengalami angin ahmar ringan serta tidak memerlukan pembedahan.

Sehingga petang ini, keadaannya semakin stabil dan memberangsangkan malam boleh berkomunikasi seperti biasa dan berbual-bual dengan tetamu termasuk wartawan.

Beberapa orang kenamaan termasuk Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek turut meluangkan masa melawat Mohamed hari ini.

Turut menemaninya di hospital ialah isterinya, Puan Sri Salbiah A. Hamid dan anak mereka, Datuk Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor.

Mohamed yang juga Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) ketika ditemui di HKL di sini hari ini memberitahu, doktor yang menjalankan pengimbasan otak sebaik dimasukkan ke hospital malam tadi berpuas hati kerana tiada sebarang 'kerosakan' yang dikesan.

"Sekarang saya rasa lebih baik berbanding semalam... cuma badan saya sedikit lemah," ujarnya yang mengalami serangan itu buat kali pertama.

Katanya, doktor menasihatinya supaya berehat dan hanya melakukan senaman ringan buat masa ini.

Mohamed yang mengalami penyakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di rumahnya sejak dua tahun lalu. Pemeriksaan turut dijalankan di HKL pada setiap tiga bulan sekali.

Sementara itu, Ketua Jabatan HKL, Dr. Ghazali Ahmad memberitahu, Mohamed beransur pulih dan menunjukkan perkembangan positif.

"Keadaan beliau buat masa ini stabil... beliau hanya diserang angin ahmar yang sangat minimum," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati tokoh veteran UMNO itu sihat sepenuhnya dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.