saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 20/06/2008

Helikopter terhempas di selatan Thai, 10 terkorban

20/06/2008 6:10pm

BANGKOK 20 Jun – Seramai 10 orang terkorban apabila sebuah helikopter tentera Thailand terhempas di kawasan hutan di selatan negara ini semalam, kata seorang jurucakap tentera hari ini.

Menurut Kolonel Thanathip Sawangsang, helikopter jenis Bell UH-1H itu membawa enam pakar forensik, dua juruterbang dan dua mekanik, mengalami masalah enjin ketika terbang di selatan wilayah Yala.

“Juruterbang cuba membuat pendaratan cemas, tetapi helikopter mengenai pokok lalu terhempas, mengorbankan kesemua penumpang,” katanya kepada Reuters.

Helikopter era Perang Vietnam itu dikatakan telah membawa pasukan forensik ke sebuah kawasan pertempuran membabitkan pejuang pemisah Islam dan pasukan keselamatan di Yala semalam.

Keganasan di wilayah selatan negara ini yang diduduki oleh majoriti penduduk Islam, setakat ini telah mengorbankan lebih 3,000 orang.

Bagaimanapun, selepas ketua tentera yang baru mengarahkan bilangan tentera ke wilayah itu di tambah pada Oktober lalu, keganasan berjaya dikurangkan.

Pasukan pemerhati di sebuah universiti di Pattani berkata, angka korban akibat keganasan di wilayah selatan negara ini telah berkurangan pada Mei lalu iaitu hanya 19 orang, berbanding 32 orang pada April. – Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.