DALAM NEGERI
ARKIB : 21/06/2008
Lebuh Raya AKLEH dibuka
KUALA LUMPUR 20 Jun - Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dibuka untuk kegunaan motosikal pelbagai kelas, berkuat kuasa hari ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, langkah itu adalah sebahagian inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi krisis kenaikan harga minyak global dan kos sara hidup.
"Ia juga bertujuan memberi keselesaan, kemudahan dan penjimatan kepada mereka yang menggunakan motosikal," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, langkah itu diambil berdasarkan situasi semasa iaitu bagi membantu rakyat terutamanya berpendapatan rendah yang menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja.
Mohd. Zin mengingatkan para penunggang motosikal supaya menggunakan lebuh raya tersebut dengan cermat dan berhati-hati.
Dalam pada itu, katanya, pihak kementerian melalui pemegang konsesi dan pihak berkuasa terutamanya polis akan melakukan pemantauan ketat di lebuh raya tersebut bagi mengelakkan sebarang aktiviti lumba haram.
Lebuh raya itu ialah yang kedua dibuka kepada penunggang motosikal selepas Maju Expressway (Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya) pada 5 Jun lalu.
Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur sepanjang 7.4 kilometer itu dikendalikan oleh syarikat konsesi Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (Prolintas) dan mula beroperasi secara sistem tol terbuka pada 2001.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












