saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 21/06/2008

9 puncak ditawan dalam lima hari


MENDAKI bongkah batu besar menjejaki sembilan gunung di Hutan Jelawang, Gua Musang, Kelantan memberi pengalaman berharga kepada peserta.


JIKA sebelum ini, 10 puncak di Hutan Jelawang yang terletak di Gua Musang, Kelantan seakan sepi daripada pelbagai aktiviti pendakian ekoran terletak agak jauh ke kawasan pedalaman.

Mungkin hanya Gunung Stong yang berjaya menarik perhatian pendaki untuk menerjah kawasan sukar mencari puncaknya setinggi 1,420 meter (m).

Nama-nama seperti Gunung Kopi (1,240m), Gunung Baha (1,450m), Gunung Ayam (1,500m), Gunung Saji (1,284m), Gunung Chik Tahir (1,430m), Gunung Nyelit (1,345m), Gunung Beirut (1,380m), Gunung Tera (1,555m) dan lebih-lebih lagi Gunung Noring (1,889m) yang memerlukan 10 hari untuk mendaki, kurang menjadi sebutan atau lokasi pilihan pendaki rekreasi.

Namun bagi Persatuan Kembara Negara (PKN) yang diketuai Datuk Khalid Yunus, gunung-gunung itu menjadi pilihan untuk dijadikan lokasi pendakian bertujuan untuk berekreasi dan juga latihan.

Bukan satu atau dua gunung itu didaki, tetapi sembilan semuanya berjaya dilengkapkan oleh 16 pendaki yang terdiri daripada ahli Kelab Kembara dan Sukan Lasak Institut Kejuruteraan Tentera Darat yang berpangkalan di Port Dickson.

“Ini pertama kali diadakan aktiviti pendakian ke semua sembilan puncak yang ada di Taman Negeri Gunung Stong. Hanya Gunung Noring sahaja yang tidak kami jejaki sebab memerlukan lebih dari 10 hari untuk didaki,” kata Khalid.

Menurut Khalid, sembilan puncak itu berjaya ditawan dalam tempoh lima hari dan merupakan satu rekod baru dicipta dalam aktiviti pendakian.

Kelab Kembara dan Sukan Lasak Institut Kejuruteraan Tentera Darat itu merupakan salah satu daripada kelab penyokong Persatuan Kembara Negara yang dipimpin oleh Zainul Fikri Mohd. Idris.

Namun usaha untuk menawan sembilan gunung tersebut tidak akan menjadi kenyataan jika tidak mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada pemandu arah pendaki di Hutan Jelawang tersebut.

Selama lima hari berkenaan, segala pelosok hutan itu berjaya diungkapkan dengan segala tunjuk ajar daripada Abang Li, Abang Mie, Uncle dan Jaki.

Menariknya, menjelajah hutan Taman Negeri Gunung Stong itu, pendaki bakal berdepan dengan laluan lorong-lorong gajah dan hutan belantara yang cukup mencabar.

Jika tersesat kata Khalid, pastinya pendaki terpaksa mengharungi ‘lingkaran naga’

“Kata jurupandu, jika memasuki kawasan ini walaupun ketika itu siang, pendaki pasti akan tersesat.

“Selain itu, laluan menuju ke gunung-gunung itu dipenuhi dengan batu-batu besar yang licin dan boleh menyebabkan pendaki jatuh jika tidak berhati-hati,” katanya lagi.

Tidak seperti Gunung Kinabalu, gunung-gunung di situ memerlukan pendaki melalui perjalanan yang lama sama seperti mendaki Gunung Tahan di Pahang.

Malah katanya, ada sesetengah tempat, kecuraman laluan boleh menyampai ke 75 darjah.

“Cukup mencabar dan memenatkan baik waktu mendaki apatah lagi di waktu turun. Dalam masa lima hari mendaki itu para pendaki telah berjalan selama 48 jam,” tambah Khalid.

Menariknya mendaki gunung-gunung tersebut kata Khalid, pendaki boleh melihat suasana indah termasuk kepelbagaian reka bentuk semula jadi gua-gua termasuk Gua Bogor, Gua Li, Gua Kayu Batu dan Gua Kecil.

Rata-rata gua-gua di situ sudah berusia lebih daripada 70 juta tahun dengan 80 peratus kawasan pergunungan terdiri daripada batu granit putih yang membentuk formasi gua terbesar di situ, Gua Dabong yang sudah berusia lebih 250 juta tahun.

Melihat sekeliling gua, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna termasuk spesies yang tidak terdapat di mana-mana dan hanya ada di kawasan Hutan Jelawang sahaja.

Antara yang menarik perhatian ialah sejenis buluh yang dikenali sebagai Futomuqlua Pubesen dan tumbuhan bernama Begonia.

Ratusan jenis orkid pula dapat dilihat di merata tempat kawasan pergunungan yang dilalui. Tidak ketinggalan juga pelbagai jenis burung enggang seperti Rhino Hornbill dan serangga yang amat menarik.

Formasi indah di dalam gua seperti straw, stalagtit, stalagmit, column, flowstone, scalouping, goupool, pillar dan skylight memberi pengalaman paling sukar ditemui oleh pendaki.

Kawasan Hutan Jelawang itu sebenarnya dibuka oleh seorang yang bernama Baha yang pernah berkhidmat sebagai seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau berhenti selepas berkhidmat selama 15 tahun dan mengabadikan dirinya di Hutan Jelawang kerana minatnya kepada alam sekitar.

Dari penat lelah beliaulah maka akhirnya 10 puncak tersebut ditemui di mana salah satu daripadanya diabadikan menggunakan namanya.

Dia juga pernah tidur seorang diri di puncak yang diabadikan namanya.

Diceritakan juga bahawa sesiapa yang hendak menjadi jurupandu untuk mendaki gunung di hutan Jelawang perlu tidur seorang diri semalaman berhampiran dengan ‘telaga tujuh’.

Walaupun usaha mendaki gunung- ganang itu perit, tetapi pelbagai keindahan dan keistimewaan yang disaksikan di sepanjang pendakian itu menjadi penawar mujarab.

Sebarang pertanyaan dan juga ingin melakukan pendakian, sila hubungi PKN di www.kembaranegara.net.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.