saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/06/2008

Siapa juara Rentak Juara?

RANCANGAN Rentak Juara – Rhythm Of Champions (RJROC) terbitan RTM mula menemui penonton setia stesen itu pada tahun 2004. Walaupun ia tidak segah rancangan pencarian bakat yang lain, RJROC mempunyai kelompok peminatnya sendiri. Tidak seperti rancangan realiti lain, pemenang RJROC ‘08 akan dipilih 100 peratus oleh juri-juri profesional.

Hanya kategori Kumpulan Paling Popular akan ditentukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Langkah RTM menganjurkan pertandingan RJROC ini bagi mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pemuzik amatur memang patut diberi pujian.

Ini kerana pertandingan seperti ini akan melahirkan lebih ramai pelapis artis berkumpulan dalam industri muzik tempatan pada masa depan.

Lebih menarik, hadiah yang ditawarkan cukup memberi pulangan mewah kepada pemenang. Tetapi apa yang perlu dilakukan untuk menjulang nama rancangan ini, satu anjakan paradigma diperlukan untuk menarik lebih ramai peminat menjadikan ia sebuah rancangan muzik utama.

Bertemakan Revolusi Muzik, peminat RJROC bakal menyaksikan persaingan sengit lapan kumpulan untuk merebut gelaran juara sekali gus bakal membawa pulang RM50,000, trofi dan sijil.

Lapan kumpulan yang bakal berentap di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor malam ini ialah Poetical Kingdom, The Bombers, Cherish 2000, Carbolic Smokeballs, Season Jammerz, Malaysia Online, Aisunam dan Karisma.

Jika pemilihan mereka ditentukan sendiri oleh juri-juri profesional, sudah pastinya pertandingan akhir ini bakal menyaksikan persaingan sengit dan hangat kesemua kumpulan tersebut.

Walaupun mereka amatur ternyata bakat mereka tidak boleh dinafikan dan boleh dikembangkan pada masa hadapan. Seperti rancangan mencari bakat yang lain, penganjuran RJROC 08 merupakan satu landasan bagi membantu industri seni melahirkan lebih ramai lagi bakat baru dalam bidang muzik.

Pemenang pertama, kedua dan ketiga dihakimi menerusi 50 peratus untuk muzik, 20 peratus untuk persembahan dan 30 peratus lagi untuk vokal.

Pada malam ini, setiap kumpulan diberi masa tujuh minit untuk mengadakan persembahan bergantung kepada mereka untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan sendiri atau lagu penyanyi lain tetapi mereka perlu menyanyikan lagu ciptaan komposer tempatan sahaja.

Sementara itu, penonton dapat menyaksikan persembahan Pop Shuvit, Hujan, Spider dan Meet Uncle Hussien yang bakal mengadakan persembahan bagi memeriahkan pertandingan akhir malam ini.

Zed Zaidi dan Kamal pula bertindak selaku pengacara yang akan menghangatkan lagi kemuncak pertandingan tersebut.

Menyingkap sejarah, RJROC sebenarnya merupakan kelangsungan daripada pertandingan Muzik, Muzik, Muzik yang dianjurkan RTM pada tahun 1969 yang kemudiannya ditukar kepada Juara Kugiran yang diadakan sejak tahun 1970 hingga 1977.

Menyedari kumpulan muzik mempunyai kelompok peminatnya tersendiri dan tidak mahu bakat terpendam terus hilang dibawa angin lalu, RTM mewujudkan kembali pertandingan serupa pada tahun 2001.

Ia diberi nama Bintang Kugiran yang memperlihatkan jurang selama 23 tahun selepas kali terakhir Juara Kugiran bersiaran pada tahun 1977.

Menariknya, pada musim pertama RJROC, ia memperlihatkan pertembungan antara kumpulan muzik amatur dan profesional yang sama-sama berentap untuk dinobatkan sebagai juara.

Bayangkan ketika itu nama-nama besar seperti Def-Gab-C, OAG, Jinbara dan Gerhana Ska Cinta yang menyertai RJROC tewas di tangan kumpulan baru, Thunderstorm yang berjaya menjuarai RJROC.

Namun, dalam memastikan RJROC terus mendapat tempat di hati peminat setianya, RTM memberi kebebasan kepada anak-anak muda tempatan yang mahu mencuba nasib serta menempatkan diri sebagai kumpulan muzik tersohor negara.

Musim kedua menyaksikan kumpulan Fenomena membawa gelaran juara dengan menewaskan kumpulan Matta dan Love Machine ketika itu.

Dalam pada itu, RJROC 2008 menyaksikan penyertaan yang diterima lebih daripada dua kali ganda yang pernah diterima pada musim sebelum ini dengan lebih daripada 400 penyertaan daripada 16 buah lokasi uji bakat yang diadakan sejak November tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 30 buah kumpulan dipilih untuk menyertai musim ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.