saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 22/06/2008

Erry Putra takut gemuk!

DALAM drama Manjalara yang pernah ditayangkan di TV3, pelakon Erry Putra memegang watak Joffri, seorang lelaki yang sangat meminati wanita bertubuh gempal iaitu Manja (lakonan Emelda Rosmila).

Namun hakikatnya, pelakon kacak berusia 27 tahun ini bukanlah berperasaan seperti Joffri dan dia juga sebenarnya sangat takut andainya memiliki tubuh sedemikian rupa.

“Pemakanan perlu dijaga, tak boleh makan sebarangan tanpa ada had, takut nanti jadi gemuk,” katanya ketika mengunjungi studio Utusan baru-baru ini.

Justeru, bekas anggota kumpulan Boyz R Us ini sentiasa memastikan berat badannya berada pada tahap ideal sekitar 68 hingga 70 kilogram dengan ketinggian 5 kaki 8 inci.

Mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana, Erry turut tidak lupa melakukan senaman dan riadah andai punya masa terluang.

“Kalau tak terlibat dengan penggambaran, saya bermain futsal dengan rakan-rakan. Kadang-kadang saya juga bermain bola sepak untuk pasukan TV3,” katanya yang kini sibuk menghabiskan masa di studio rakaman untuk single terbaru, Izinkan Aku.

Walaupun sudah terlibat dengan lebih 20 buah drama kata Erry, dia tetap tidak boleh melupakan minat asalnya dalam dunia nyanyian.

“Saya mahu dikenali dalam kedua-dua cabang,” ujarnya yang baru-baru ini dilantik sebagai jurucakap kumpulan, bagi produk penapis air CNI Waterlife.

Bagaimana rutin penjagaan kesihatan Erry?

Kalau tak ada penggambaran, saya akan berjogging atau ke gim untuk bersenam. Kekerapan tak menentu, tapi agak jarang sebab terikat dengan jadual yang padat.

Jadi bagaimana cara Erry mengimbanginya?

Jaga pemakanan. Saya tidak ada pantang atau diet tertentu. Cuma kurangkan makanan berlemak, karbohidrat seperti nasi dan lebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan. Ada waktunya saya tak ambil nasi waktu malam, tapi diganti dengan roti dan susu. Saya juga lebih suka minum air putih yang ditapis, seperti air CNI Waterlife.

Maksud kesihatan bagi Erry?

Sihat secara menyeluruh dari segi mental dan fizikal.

Anda rasa diri anda sihat?

Alhamdulillah... selain penjagaan makanan dan senaman, saya juga amalkan pengambilan suplemen iaitu vitamin C untuk memberi tenaga andai penat dan kurang tidur.

Matlamat Erry dalam bidang seni?

Saya masih baru dalam bidang seni, kalau boleh nak terus berjaya dan nama terus bersinar.

– BINTU RASYADA A. RAHMAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.