saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/06/2008

Tiga maut dalam nahas

MACHANG 22 Jun - Tiga orang termasuk seorang warga Singapura terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di kilometer 28.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai pagi ini.

Mereka ialah seorang guru, Mohd. Zuwairi Azahari, 30, yang meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nazira Zainol, 38, dan Mashgod Musa, 37, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Machang (HM).

Ketua Trafik Daerah Machang, Inspektor Roslan Markati berkata, kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu berlaku ketika kereta Proton Saga yang dipandu Mohd. Zuwairi sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang untuk ke sekolah.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Kia Spectra yang dipandu Mashgod terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan Mohd. Zuwairi.

''Mohd. Zuwairi yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh 1 dan 2, Gua Musang, meninggal dunia di tempat kejadian.

''Nazira yang berasal dari Singapura dan Mashgod dari Kuala Lumpur tersepit dalam kenderaan dan dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke HM tetapi disahkan meninggal ketika menerima rawatan kecemasan.

''Seorang lagi warga Singapura, Amelyn Tan Yuk Chan, 31, yang turut menaiki kereta yang dipandu Mashgod tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat ketiga-tiga mangsa dibedah siasat di HM sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian.

Sementara itu, ibu Mohd. Zuwairi, Azizah Ismail, 52, dia mengetahui kejadian menimpa anak sulungnya itu pada kira-kira 7.30 pagi, selepas dihubungi oleh suaminya, Sarjan Azahari Daud, 55, yang ketika itu dalam perjalanan menghadiri kes perbicaraan di Terengganu.

Katanya, anaknya yang berkahwin sejak empat tahun lalu meninggalkan seorang isteri Saidati Yusof, 30, yang juga seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah agama di Pasir Tumboh, Kota Bharu.

"Arwah belum mempunyai anak. Kali terakhir saya menemui arwah anak saya pada Jumaat lalu ketika dia dan isterinya datang ke rumah saya di Rantau Panjang.

''Ketika itu dia ada memberitahu akan membawa isterinya ke Kuala Lumpur pada 27 Jun ini untuk mengambil Diploma Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.