saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 23/06/2008

NGO sokong titah Raja Nazrin

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menyokong titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang mahukan orang Melayu kuat dalam segala aspek demi menjadi bangsa yang terus gagah di negara ini.

Rata-rata menyifatkan titah baginda itu satu nasihat dan pandangan mewakili institusi Raja-Raja Melayu yang mahu melihat usaha penyatuan Melayu diberi keutamaan pada masa ini.

Presiden Yayasan Kajian Strategik Melayu, Datuk Dr. Radzi Abdul Latif berkata, titah Raja Muda Perak itu menggambarkan kesedaran tokoh muda dalam institusi Raja-Raja Melayu untuk melihat perpaduan dalam kalangan orang Melayu dipelihara.

Menurut beliau, rakyat mesti memberi sokongan padu kepada kepimpinan Melayu dengan mengetepikan perbezaan politik dan ideologi bagi mengukuhkan lagi kekuatan bangsa.

“Jika kita bersatu, Melayu akan menjadi lebih kuat, gagah, bersemangat waja dan menjadikan kita bangsa yang dihormati serta tidak mudah diperlekehkan oleh bangsa lain,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah ucapan Raja Muda Perak pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam, yang tidak mahu melihat orang Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu.

Radzi berkata, masa depan Malaysia yang berbilang kaum adalah sangat bergantung kepada perpaduan Melayu.

“Dalam erti kata lain, perpaduan Melayu adalah teras perpaduan negara dan kekuatan sebenar orang Melayu,’’ katanya.

Beliau menegaskan pada masa ini kekuatan orang Melayu daripada segi politik, ekonomi, ketuanan dan kedaulatan semakin terhakis.

Justeru kata beliau, seluruh lapisan masyarakat sewajarnya memandang serius saranan baginda itu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Tan Sri Khalid Abdullah berkata, orang Melayu mesti kembali kepada perjuangan asal mereka yang mengutamakan kepentingan negara dan bangsa.

Menurutnya, mereka perlu berpegang teguh pada objektif perjuangan supaya segala cabaran dan rintangan dapat dihadapi dengan baik.

“Generasi sekarang tidak mengambil kira kepentingan negara dan bangsa kerana mereka hanya sibuk memikirkan apa yang akan terjadi kepada diri mereka sendiri.

“Masing-masing takut kalau sesuatu yang tidak baik berlaku ke atas mereka,’’ katanya.

Menurutnya, pejuang bangsa zaman dahulu sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk memastikan negara merdeka, tetapi semangat itu tidak diteruskan oleh generasi sekarang.

“Selagi ada individu yang hanya mementingkan diri dan keluarga mereka sahaja, orang Melayu tidak akan dapat bersatu,’’ katanya.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, titah Raja Muda Perak itu sebenarnya menjadi sumber inspirasi baru kepada golongan muda bagi memastikan kedaulatan bangsa Melayu lebih kukuh.

Menurut beliau, pembabitan golongan muda amat penting dalam usaha penyatuan Melayu bagi meletakkan bangsa itu kuat dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.

‘‘Walaupun menitikberatkan soal perpaduan dan ketuanan Melayu tetapi ia tidak sama sekali akan meminggirkan kepentingan dan hak kaum lain,’’ katanya.

Tambahnya, piagam, tuntutan dan ikrar dalam resolusi kongres Permuafakatan Melayu Mei lalu mempunyai kesinambungan dengan apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad bersetuju orang Melayu perlu mencari satu formula terbaik bagi mengatasi masalah perpecahan di kalangan mereka.

Menurutnya, perbezaan pegangan politik sepatutnya tidak menjadi punca perpecahan bangsa Melayu.

‘‘Jika dalam parti politik yang berbeza kaum masih boleh bersatu, formula yang sama perlu digunakan untuk menyatukan orang Melayu,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.