saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/06/2008

Daya penarik gelombang membaca

DALAM membicarakan pengwujudan gelombang membaca, bukulah yang menjadi daya penariknya. Sekiranya buku tidak ditulis, tiadalah pembacaan. Sekiranya ia ditulis tanpa ilmu, tiadalah tamadun.

Walaupun definisi membaca itu bukan sekadar perlu dilihat pada buku, namun bagi penulis, buku itu seharusnya didefinisikan secara lebih meluas lagi.

Buku bukan sekadar bermaksud helaian-helaian kertas yang dijilid, malah seharusnya meliputi bahan-bahan bacaan yang lainnya, seperti majalah, suratkhabar dan sebagainya. Sekiranya penjenisan bahan bacaan ini dikumpulkan sebagai buku, tentunya kajian pembacaan kita akan menunjukkan peratusan pembacaan yang lebih tinggi.

Disebabkan kehidupan yang lebih mencabar masa kini, hierarki Maslow telah berubah sifatnya. Menyebabkan keperluan asas manusia itu semakin meluas definisinya.

Tidak lagi hanya tertumpu kepada pakaian, makanan dan tempat tinggal, malah kenderaan, pendidikan, televisyen seharusnya didefinisikan juga sebagai keperluan. Tentu semuanya ini pada 50 tahun lalu ia dikelaskan sebagai kehendak. Apatah lagi setelah diperkenalkan oleh Alvin Toffler menerusi bukunya The Third Wave yang merujuk alaf baru ini sebagai gelombang ketiga. Pendidikan dan modal insan menjadi intipati utama. Buku seharusnya memainkan peranan ini.

Untuk menjadi daya penarik, buku perlulah mempunyai kualiti tertentu. Tentunya kepada masyarakat kita, harga menjadi faktor utama. Mungkin sukar untuk memaksa penerbit menurunkan harga sesebuah buku. Bagi masyarakat yang kurang membaca, harga menjadi penghalangnya.

Berbeza kepada masyarakat yang membaca. Lagi mahal sesebuah buku itu, ia akan menjadi rebutan. Buku mempunyai 'harga' nya yang tersendiri. Bukannya harga dalam bentuk ringgit atau sebarang mata wang, sebaliknya harga kepada ilmu itu sendiri.

Namun, bagi masyarakat yang tidak membaca, yang belum lagi menjadikan buku sebagai keperluan asas, makanan kepada hati dan akal mereka, isu harga perlu dipandang serius sekiranya mahu menarik minat membaca.

Berlumba-lumbaSelalunya masyarakat yang tidak membaca adalah masyarakat yang miskin, yang masih mengejar wang untuk hidup, dan yang masih berlumba-lumba untuk kesenangan sehinggakan ruang masa dihabiskan untuk tujuan pencarian itu. Seperti mana yang disebut oleh Gabriel Zaid dalam bukunya So Many Books (2004), bahawa buku adalah barang yang mahal kepada orang-orang miskin, yang sakit, banduan, pesara dan pelajar.

Dan apabila para pelajar tersebut kemudiannya menjadi pegawai yang dipenuhi masa mereka dengan kerja dan apabila gaji mereka dinaikkan, maka membaca (jika ia tidak diperlukan) juga mahal bagi mereka.

Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Gabriel Zaid itu ialah buku itu bukan sekadar mahal dari segi harganya kepada golongan-golongan miskin dan yang kurang kemampuan, malah ia akan terus mahal kepada golongan pertengahan atau yang kaya, kerana kekurangan ruang waktu untuk membaca.

Dari segi faktor ekonomi, harga buku akan terus mahal sekiranya kurang permintaan daripada masyarakat. Ini hukum ekonomi. Sekiranya jumlah penerbitan buku itu bertambah, dengan kos penerbitan (seperti kos kertas) dapat dikurangkan, tentunya harga buku di pasaran dapat dikurangkan.

Namun begitu, harga sesebuah buku, sama ada mahal atau tidak, seharusnya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membaca. Sekiranya barang kehendak dapat dipenuhi, seperti mencantikkan kenderaan, apa salahnya untuk membeli sebuah buku yang berharga RM50? Kesan daripada kenaikan harga minyak, juga akan menyebabkan harga-harga barangan lain, mungkin termasuklah buku turut bertambah, sekali gus menjauhkan lagi hubungan antara masyarakat Malaysia dan buku, yang sebelum ini umum sudah tahu terjarak, akan semakin terjarak.

Untuk mewujudkan gelombang membaca, kesedaran masyarakat itu adalah yang terpenting. Memang benar, harga-harga sesebuah buku itu memainkan peranan yang besar dalam masyarakat Malaysia, namun faktor lain perlu dicari sebagai menarik minat membaca.

Daya-daya penarik yang seharusnya ada dalam sesebuah buku ialah kulit yang menarik, jenis kertas, ilustrasi (sekiranya perlu), malah yang terpenting ialah isinya. Bentuk dan saiz buku juga seharusnya menjadi antara faktor penarik. Namun sudah tentu untuk mewujudkan daya-daya penarik ini, sesebuah penerbit perlu mengeluarkan sejumlah kos untuk menampung tenaga kerjanya. Sekali lagi, ia adalah sebahagian daripada hukum ekonomi.

Maka, sebagai penerbit yang bukan sekadar ingin mengaut keuntungan wang ringgit, keuntungan akhirat perlu juga dititikberatkan. Fungsi dan kesedaran penerbit sebagai agen pengubah bangsa dan tamadun perlu sentiasa diambil kira. Sekiranya penulis diibaratkan sebagai pemegang mata pena yang lebih tajam daripada pedang, maka penerbitlah si badan pena itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.