saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/06/2008

Fakhrul bangkit daripada kegagalan


FAKHRUL (tengah) berkongsi kegembiraan bersama ibu dan ayah tersayang selepas majlis penyampaian hadiah AQ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, baru-baru ini.


DUA tahun lalu, ketika TV9 muncul dengan Akademi Al-Quran (AQ) musim pertama, Mohd. Fakhrul Radhi Khamarudin, 22, merupakan salah seorang peserta yang mencuba nasib untuk bergelar juara.

Berbekalkan pengalaman mewakili sekolahnya ke kejohanan Tilawah Al-Quran peringkat sekolah-sekolah agama negeri Kedah pada 1999, dia menyimpan cita-cita. Bagaimanapun, dia kecundang apabila gagal menempah tiket ke pusingan akhir AQ ketika itu.

Enggan mengalah dan kecewa, Fakhrul kemudiannya menyepi seketika bagi memfokuskan sepenuhnya kepada pengajian di Kolej Universiti Insaniah, Kedah, dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin).

Sungguhpun begitu, tatkala AQ menjengah ke musim ketiga, anak keempat daripada lapan beradik ini bangkit semula untuk menyertainya bagi menebus kekalahan terdahulu.

Hasilnya, Fakhrul yang dilahirkan pada 6 April 1986 berjaya menduduki tempat pertama dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya baru-baru ini.

Kemenangan penuh bermakna itu sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Proton Saga dan piala kristal berbentuk Al-Quran.

“Semasa pertandingan akhir, tahap keyakinan saya untuk menang tidaklah begitu tinggi kerana saingan semua peserta cukup hebat.

“Saya memang tidak mengharapkan untuk bergelar juara. Sekadar dapat membaca Al-Quran dengan baik sudah memadai bagi saya,” katanya ketika ditemui Hits, baru-baru ini.

Dalam pertandingan akhir AQ musim ketiga, tempat kedua diraih oleh peserta tunggal wanita iaitu Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman, 25, manakala Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, 25, di tempat ketiga.

Pelajar jurusan Sains Ukur Geomatik, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Syamsul Abu Hasan Alshaari, 24, pula menduduki tempat keempat.

Namun, apa yang tidak diketahui ramai, Fakhrul hanya mencapai kemenangan tipis jika dilihat daripada peratusan pemarkahan juri.

Sebagai juara, Fakhrul memperoleh 92.5 peratus berbanding Sharifah Khasif (91 peratus) diikuti Ahmad Tarmizi (89 peratus) dan Syamsul (86.5 peratus).

Juri profesional yang terlibat menilai bacaan peserta ialah Zamri Mohd. Zainuddin dari segi tajwid, Nazri Abdullah (qiraat) dan Radzi Kamarul Hailan (taranum dan lagu).

Fakhrul ramal Syamsul juara
Menyambung bicara, Fakhrul yang gemar bermain bola sepak menjelaskan, sepanjang pertandingan akhir AQ, dia meramalkan Syamsul bakal menjuarainya.

“Syamsul menampilkan pembacaan yang baik dan sebab itu saya menjangkakan dia bakal bergelar juara.

“Saya pun ada juga membuat kesilapan tetapi tanpa dijangka, saya dipilih menjuarai AQ bagi musim ini,” jelasnya yang menyifatkan kemenangan yang dikecapinya adalah sebagai hadiah kepada ibu dan bapanya iaitu Dalilah Arifin, 46, dan bapanya, Khamarudin Mohamad, 54.

Syamsul merupakan satu-satunya finalis AQ yang dilihat tersilap ketika diminta membacakan surah Ali-Imran dari ayat 46 hingga 51.

Dia yang berasal dari Parit Buntar, Perak bagaimanapun, memulakan bacaan dari ayat 48, surah yang sama.

Sharifah Khasif tidak puas hati
Sementara itu, Sharifah Khasif yang turut menyertai AQ untuk kali kedua menyatakan dia tidak berpuas hati dengan mutu bacaannya pada pertandingan akhir berkenaan.

Sungguhpun begitu, dia melahirkan rasa terkejut kerana berjaya menduduki tempat kedua.“Semasa AQ musim pertama, saya tidak berjaya menempatkan diri di kedudukan tiga teratas. Musim ketiga ini saya bersyukur kerana berjaya di tempat kedua. Namun, saya agak tidak berpuas hati dengan mutu bacaan,” jelasnya.

Sharifah Khasif pernah beberapa kali mewakili negeri Perak dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Pencapaian terbaiknya ialah apabila muncul naib johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun lalu.

Pendekatan baru AQ musim keempat
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda berkata, pihaknya akan menyambung AQ ke musim keempat memandangkan jumlah penonton pada setiap minggu meningkat ke 800,000 orang berbanding musim lalu iaitu sekitar 500,000 orang. “Bagi siaran akhir, pada musim pertama ia mencatatkan jumlah penonton seramai 900,000 diikuti 1.3 juta (musim kedua) dan musim ketiga ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta. “Ini satu kejayaan besar dan ia turut mendapat perhatian di kalangan remaja. Untuk musim keempat nanti, kita akan perkenal konsep baru yang akan diumumkan nanti,” tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.