saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 25/06/2008

Pengunjung puas hati

JITRA 24 Jun - ''Saya tak sangka buah naga yang selalunya di makan mentah, rupa-rupanya boleh dijadikan bahan penyedap di dalam masakan.'

Itulah antara pendapat pengunjung yang pertama kali merasai makanan yang ditawarkan di Restoran Bunga Naga Atas Bukit milik di Kampung Lubuk Batu, di sini.

Menariknya, selain menikmati hidangan berasaskan buah naga, para pengunjung berpeluang memetik sendiri buah naga untuk dijadikan hidangan pencuci mulut.

Menurut seorang pengunjung, Abd. Rashid Osman, 46, dia ternampak kain rentang mengenai restoran itu sewaktu ingin pulang ke rumah.

"Terus saya datang ke sini membawa keluarga untuk makan dan ternyata masakan di sini menepati selera keluarga saya.

"Kunjungan pertama kami ke sini tidak menghampakan kami dan saya pasti akan menjadi pengunjung tetap di sini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Abd. Rashid yang merupakan seorang guru memberitahu, buah naga yang diambil segar daripada ladang milik pasangan suami isteri Harun Jasin, 59, dan Rohaya Othman, 45, itu juga amat berlainan dan segar berbanding yang dibeli daripada tempat lain.

"Saya diberitahu bunga naga yang telah kering juga boleh dijadikan teh namun hari ini teh ini tidak dapat disediakan kerana kehabisan stok.

"Ini yang membuatkan saya akan datang kembali ke tempat ini untuk menikmati sendiri rasa teh bunga naga ini," katanya.

Seorang lagi pengunjung yang ditemui, Azahari Mat Nor, 38, berkata, dia juga baru pertama kali berkunjung ke restoran itu dan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan oleh Rohaya.

Selain itu, katanya, suasana yang hening dan sunyi juga sesuai untuk mereka yang mahu menikmati makanan dengan selesa tanpa gangguan.

"Saya memang tercari-cari tempat menjamu selera yang jauh daripada hiruk pikuk kenderaan.

"Akhirnya saya terjumpa Restoran Bunga Naga ini dan pasti saya akan berkunjung semula ke sini," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.