saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/06/2008

Infinatez tampil dengan Paparazzi


INFINATEZ dianggotai oleh (dari kiri) Andy, Rafique, Alvin, Shah Hans dan Daneal. Gambar FATAH SULAIMAN


SEBELUM ini kumpulan The Lima dan Mendua berjaya menempa nama menerusi rancangan realiti Gang Starz. Terbaru kumpulan Infinatez yang juga dari program yang sama enggan ketinggalan untuk berada di kedudukan yang serupa.

Kumpulan ini mula mendapat perhatian umum selepas diberi kepercayaan menjayakan persembahan teater muzikal P. Ramlee baru-baru ini.

Pada persembahan muzikal terbabit, mereka melakonkan karakter wartawan Paparazzi.

Dan sebagai simboliknya, gelaran Paparazzi diangkat sebagai nama judul album single mereka.

Kumpulan Infinatez yang dianggotai oleh lima anak muda iaitu Alvin Mahathir Yunus (Alvin), Mohd Andi Ariffin Merican (Andy), Danial Mohd Hashim (Daneal), Mohd Rafiq Mohd Taib (Rafique) dan Muhammad Yassir Shah Abdul Aziz (Shah Hans) merupakan antara pelapis muzik r&b soul.

Menerusi album sulung itu, elemen genre muzik berkenaan sangat tebal kedengaran dan Infinatez saling tidak ubah seperti menggunakan formula yang pernah diguna pakai oleh kumpulan-kumpulan senior seperti Innuendo, Ruffedge dan V.E.

Mempertahankan tindakan mereka, salah seorang anggota kumpulan itu, Andy berkata, mereka mengakui, muzik Infinatez mempunyai persamaan dengan apa yang dipersembahkan oleh senior-senior mereka sebelum ini.

“Kumpulan senior merupakan pelopor muzik genre sedemikian dan tidak salah bagi kami untuk memilih genre yang sama.

“Bagaimanapun, kami melakukan susunan muzik baru bagi memastikan adanya kelainan dalam perjuangan muzik kami,” jelas Andy mewakili rakan-rakannya ketika ditemui pada majlis pelancaran album single sulung mereka baru-baru ini,

Usaha merealisasikan hasrat penerbitan album sulung buat kumpulan baru bukannya satu perkara mudah.

Apa lagi bagi kumpulan baru seperti Infinatez dan ditambah pula dengan syarikat rakaman mereka, Eauphonious Entertainment (M) Sdn. Bhd. juga baru sahaja diasaskan.

Lalu, bagaimana mereka mengatasi masalah ini?

Seorang lagi anggota Infinatez, Alvin berkata, dalam isu itu ahli kumpulan Infinatez bertuah kerana kesemua anggota kumpulan itu sepakat memanipulasikan bakat masing-masing untuk merealisasikan impian memilik album.

Di kalangan mereka, ada yang mahir menghasilkan lagu, lirik dan kepakaran lain dan semua itu digabungkan menjadi satu.

“Hampir keseluruhan idea dalam penerbitan album single ini datangnya daripada kami berlima. Gabungan idea memberi banyak kelebihan buat kami sebagai sebuah kumpulan,” ujar Alvin lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.