saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 25/06/2008

Unit tunggal pembedahan jantung terbuka

KOTA BHARU 24 Jun - Unit Kardiotorasik HUSM bermula dengan kejayaan melakukan pembedahan jantung terbuka yang pertama di negeri ini dan Pantai Timur pada 6 November 2001 serta ia kekal sebagai unit tunggal di Pantai Timur.

Sehingga 31 Mei lalu, unit berkenaan telah melakukan sebanyak 751 pembedahan kardiotorasik dengan pembedahan pintasan koronari yang terbanyak iaitu 332 pembedahan, pertukaran injap jantung (116 pembedahan), paru-paru (94 pembedahan), jantung berlubang (73 pembedahan), lain-lain pembedahan jantung dan rongga dada (136).

Bersekali dengan penubuhan Keluarga Kardiotorasik Kelantan itu, HUSM turut melancarkan Tabung Ehsan Kardiotorasik Kelantan bagi membantu melakukan pembedahan dan pembelian injap mekanikal untuk pesakit jantung dan paru-paru yang miskin.

Ini kerana sebelum terdapat pesakit yang tidak berkemampuan terpaksa bertarung nyawa hanya semata-mata untuk menunggu permohonan mereka diluluskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau menggenapkan wang simpanan.

Terdapat kes di mana para pesakit terpaksa menunggu sehingga 15 bulan hanya bagi mendapat jawapan 'pendek, ringkas dan padat' iaitu permohonan anda tidak berjaya.

HUSM sebenarnya memang menjalankan pembedahan kardiotorasik percuma kepada pesakit yang tidak berkemampuan dan caj dikenakan hanya bagi menampung pembelian injap mekanikal jantung.

Pakar Bedah Kardiotorasik HUSM yang juga Presiden Persatuan Kardiotorasik Kelantan, Prof. Madya Dr. Mohd. Ziyadi Ghazali baru-baru ini berkata, pada masa ini kos pembedahan penukaran injap mekanikal jantung telah meningkat sehingga lebih RM10,000 bagi setiap pesakit berbanding hanya RM1,500 pada peringkat permulaan.

"Pada peringkat awal pada tahun 2001 kos pembedahan jantung termasuk penukaran injap hanya sekitar RM1,500 tetapi bermula 2005, pesakit perlu juga membayar kos pembelian injap dan bil pembedahan.

"Ini bermakna kos pada masa ini ialah RM6,000 bagi satu injap dan RM10,500 (dua injap dengan kos pembelian satu injap mekanikal adalah sekitar RM4,500," katanya.

Tambah beliau, mungkin jumlah ini bagi segelintir pesakit yang berkemampuan adalah rendah tetapi amat memeritkan bagi pesakit miskin yang mungkin terpaksa berhutang dan menjual harta benda sekiranya ada, hanya semata-mata bagi membolehkan pembedahan dijalankan.

Katanya, jika dibandingkan dengan kos sebenarnya yang dikenakan oleh pusat perubatan lain, kos itu sebenarnya amat rendah serta pada masa yang sama HUSM tidak akan berkompromi terhadap kualiti pembedahannya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada mana-mana individu yang berkemampuan, badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat untuk tampil menderma bagi mengisi tabung ehsan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.