saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 26/06/2008

TFnet perluas kepakaran proses buah di Syria

KUALA LUMPUR 25 Jun - International Tropical Fruits Network (TFnet) bercadang menjalin pakatan strategik dengan kerajaan Syria untuk membangunkan projek dan in- dustri memproses buah-buahan di negara itu.

TFnet mahu menggunakan pengalamannya sebagai agensi pelaksana di negara Arab itu selepas dilantik oleh Unit Perancangan Ekonomi Malaysia untuk menyumbang kepakarannya selama tiga tahun yang berakhir pada hujung bulan ini.

Pegawai Projeknya, Chua Piak Chwee berkata, pihaknya berkhidmat di Syria sejak ta- hun 2005 di bawah Program Perbadanan Teknikal Malaysia yang dibiayai melalui dana bantuan Kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang dengan kerajaan Syria mengenai cara dan kaedah untuk memulakan projek di negara berkenaan.

"Kami memberi khidmat kepakaran di Syria sejak tiga tahun lalu setelah menerima permohonan daripada kerajaan berkenaan melalui kedutaannya di sini bagi membantu memproses sektor buah-buahan di sana.

''Di Syria, mereka tidak mempunyai kepakaran dan program selepas tuaian hasil tani. Justeru, mereka meminta kepakaran Malaysia untuk melatih pegawai-pegawai dalam bidang ini supaya buah-buahan dan produk mereka dapat dipasar serta diterima di peringkat antarabangsa,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar mengenai Persidangan Kekurangan Makanan Dunia sempena Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) 2008 di sini hari ini.

MIFB 2008 merupakan anjuran Kumpulan Utusan dan Expomal International Sdn. Bhd. (Expomal) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pameran itu dijangka berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 hingga 12 Julai ini di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual merasmikan pameran itu.

TFNet merupakan sebuah syarikat bebas yang ditubuh sebagai sebuah rangkaian global pembiayaan sendiri dengan sokongan Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.