saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 26/06/2008

Lenggeng Lembah Serai


Zulkifli Sidik (kiri) memberi penerangan mengenai penanaman serai kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Mustafa Salim (kanan sekali) ketika mengadakan lawatan ke kawasan tanaman integrasi Serai Felda Berhad kampung Mendom, semalam.


SEREMBAN 25 Jun - Membiarkan tanah tanpa diusahakan memang perkara mudah, tetapi mengusahakan tanah terbiar ia memerlukan kudrat dan kesungguhan yang kuat.

Menyedari hakikat itulah, Felcra Berhad bersama-sama penduduk di Kampung Mendom, Lenggeng dekat sini bangkit untuk berbudi kepada tanah dalam konteks tanaman serai dan keledek secara komersial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim berkata, daerah Lenggeng kini menjadi lembah baru kepada produk pertanian berkaitan serai dan keledek.

''Ini adalah tanaman integrasi sementara menunggu hasil kelapa sawit yang menjadi tanaman utama bagi peserta di Kampung Mendom dengan usahasama Felcra Berhad," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk projek tanaman serai di Mukim Lenggeng dan mahu memastikan 251 hektar tanah sawah terbiar di sini, dimajukan untuk projek berkenaan.

Kata beliau, Felcra Berhad juga telah bersetuju untuk membangunkan kawasan tanah sawah terbiar di Kampung Jelatok, Kampung Mendom dan Kampung Kelesau bagi tanaman integrasi serai selain daun kesum dan pokok bunga kantan.

''Projek ini akan dilakukan mengikut fasa dan saya turut gembira apabila peserta Felcra Berhad juga akan mengusahakan tanaman keledek secara komersial.

''Saya difahamkan kira-kira 300 benih keledek ini akan ditanam dalam mukim Lenggeng, di mana semua ini bertujuan meningkatkan ekonomi penduduknya," jelasnya.

Mustafa juga memuji usaha yang dilakukan oleh Felcra Berhad ini kerana mempunyai objektif yang jelas untuk membantu masyarakat luar bandar.

''Melalui pemulihan tanah terbiar yang diusahakan oleh Felcra, diharap semua peserta yang terlibat akan mendapat kualiti hidup yang lebih baik daripada sebelum ini," jelasnya.

Tambahnya, melalui konsep penanaman dividen 'plus-plus' iaitu sementara menunggu pokok sawit mengeluarkan hasil, penanaman serai dilaksanakan dahulu.

Serai yang ditanam di Lenggeng ini ialah dari jenis serai paha ayam atau nama saintifiknya Lemon Grass.

''Pada ketika ini dalam fasa pertama sebanyak 124,000 rumpun serai ditanam dengan melibatkan tanah seluas 10 hektar tanah terbiar.

''Kita menjangkakan ia akan meningkat kepada 200,000 rumpun serai pada masa hadapan," jelasnya.

Mustafa menjelaskan, para peserta seramai 38 orang dari Kampung Jelatok dan Kampung Mendom pastinya teruja dengan perkembangan yang dilakukan oleh Felcra ini.

''Saya ingin menjadikan Lenggeng ini sebagai pusat penanaman serai utama dan di DUN Lenggeng sahaja kini terdapat 151.82 hektar tanah terbiar dan ini akan diusahakan untuk tanaman serai," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.