saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 26/06/2008

Pengusaha akuakultur diberi insentif kurangkan beban

MELAKA 25 Jun - Para pengusaha industri akuakultur di negeri ini akan diberikan insentif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi mereka ekoran kenaikan pelbagai kos termasuk bahan bakar.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali berkata, bantuan berupa insentif tunai itu akan diagihkan kepada golongan petani dan penternak terbabit berdasarkan hasil bersih ternakan yang direkod dan berjaya dijual di pasaran.

Menurutnya, bantuan tersebut merupakan langkah meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berkenaan berikutan kenaikan pelbagai kos sara hidup sejak kebelakangan ini.

"Pembayaran insentif dalam bentuk tunai akan dibuat melalui Agro Bank Malaysia berdasarkan rekod pengeluaran hasil bersih ternakan yang hanya disahkan oleh Jabatan Perikanan," katanya di sini hari ini.

Katanya, bantuan tersebut adalah galakan kepada golongan tersebut supaya meneruskan aktiviti penternakan akuakultur yang diusahakan sekali gus membantu usaha kerajaan menambah pengeluaran makanan negara.

Menurut Zawawi, bayaran insentif terbabit dibuat berdasarkan hasil bersih ternakan yang ditunai bermula 1 Jun lalu.

"Tuntutan bayaran akan dibuat pada hujung bulan ini dan penternak terbabit boleh menuntut bayaran masing-masing pada setiap bulan selepas itu.

"Mereka juga boleh mengumpul kuantiti hasil sehingga tempoh masa enam bulan maksimum," jelas beliau.

Katanya, antara kategori projek akuakultur yang dikelaskan layak menerima bantuan insentif tersebut ialah seperti ternakan ikan air tawar, ikan laut, udang air tawar, udang laut dan kerang-kerangan.

Usaha pemberian insentif tersebut, katanya, sebagai bukti dan tanda komited kerajaan untuk membantu golongan terbabit menghadapi kesukaran akibat kenaikan harga barangan sejak kebelakangan ini.

"Ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi meringankan beban peningkatan harga barangan yang dihadapi mereka ekoran kenaikan harga minyak," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.