saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/06/2008

Jakim, UM bekerjasama kaji kelebihan solat melalui saintifik

KUALA LUMPUR 26 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM) mengenai penggunaan hasil kajian solat dan kesan-kesannya kepada kesihatan secara saintifik yang telah dibukukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selama ini, ramai yang memperkatakan tentang kesan-kesan solat kepada peningkatan keimanan dan ketaqwaan.

Bagaimanapun, kata beliau, tidak ada kajian yang mendalam dibuat mengenai kesan-kesan solat kepada tubuh manusia dan rawatan penyakit melalui kajian saintifik.

''Saya berterima kasih kepada UM dengan pasukan penyelidiknya yang telah melakukan kajian saintifik terhadap kesan-kesan amalan solat kepada tubuh manusia terutama dalam pergerakan yang mempunyai signifikannya sendiri,'' katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Antarabangsa Bioperubatan dan Kejuruteraan Kuala Lumpur (BIOMED), di sini hari ini.

Beliau juga mengaitkan ayat al Quran yang ditafsirkan sebagai 'dirikan sembahyang untuk mendirikan agama dan meninggalkan sembahyang itu akan meruntuhkan agama'.

Buku bertajuk Solat ditulis oleh tiga pensyarah dari Jabatan Bioperubatan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan UM, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim, Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok setelah menjalankan kajian sejak tiga tahun lalu dengan perbelanjaan RM2 juta.

Sementara itu, Fatimah berkata, dalam kajian yang dilakukan, mendapati solat bukan sahaja memberi kebaikan kepada kesihatan, malah turut merawat lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk dan perempuan yang menghidap sakit pinggang.

Beliau memberitahu, lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk akan pulih selepas sebulan melakukan solat-solat tertentu dan mengalami ereksi sekurang-kurang sekali semalam, berbanding tiada langsung sebelum itu.

Menurutnya, lelaki normal sekurang-kurang mengalami ereksi sebanyak tiga kali semalam.

Beliau seterusnya memberitahu, melalui pergerakan rukuk dan sujud juga boleh merawat wanita yang menghidap sakit pinggang.

Seterusnya, Fatimah berkata, buku tersebut dijual dengan harga RM29.90 senaskhah dan jumlah kutipan akan diserahkan kepada beberapa badan kebajikan.

Sementara itu, kata beliau, pihaknya akan menerbitkan enam buku lagi mengenai enam bab yang terkandung dalam buku Solat meliputi komposisi badan, denyutan jantung, sakit pinggang, otak, otot dan mati pucuk.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.