saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 27/06/2008

Penantian berakhir


GEMBIRA... Mohamad Isa Abu Kasim (kiri), Ahmad A. Talib (kanan) dan Marlene Kaur (dua dari kanan) memerhatikan kanak-kanak Orang Asli Kampung Manchong, Serendah bermain air sebagai simbolik kampung itu sudah menerima bekalan air bersih, baru-baru ini.


SERENDAH 26 Jun - Walaupun sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan tetapi kebanyakan penduduk Orang Asli negara ini masih tinggal di kawasan-kawasan terpencil.

Mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan yang mereka jalani selama ini, golongan minoriti itu tidak pernah merungut walaupun kawasan penempatan mereka serba kekurangan.

Mungkin juga disebabkan faktor kawasan penempatan yang jauh dari kawasan pembangunan lain, usaha untuk menyediakan kemudahan asas kepada golongan itu agak sukar.

Sehingga ke hari ini, masih terdapat banyak komuniti Orang Asli yang tidak dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik di kediaman mereka.

Namun, itu tidak bermakna kerajaan mengabaikan mereka dan dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta yang prihatin, semakin banyak komuniti yang mendapat pembelaan.

Salah satu contoh ialah usaha yang dilakukan oleh syarikat Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia bagi menyediakan bekalan air bersih dan elektrik kepada lebih 100 keluarga di empat perkampungan Orang Asli di Serendah.

Setelah sekian lama bergantung kepada air bukit untuk kegunaan harian dan pelita minyak tanah untuk menerangi rumah pada waktu malam, kini mereka dapat menikmati kemudahan asas tersebut tanpa perlu bersusah-payah lagi.

Empat perkampungan yang menerima bekalan air dan elektrik tersebut ialah Kampung Bukit Manchong, Kampung Sungai Kelubi, Sungai Jang dan Hulu Tamu.

Kemudahan yang melibatkan kos sebanyak RM120,000 bagi menyediakan prasarana asas seperti saluran paip dan pendawaian elektrik itu diberikan secara percuma kepada penduduk terbabit.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Philip Morris, Marlene Kaur berkata, keperluan asas tersebut perlu diberikan supaya penduduk terbabit juga dapat menikmati kehidupan yang selesa.

"Walaupun masyarakat Orang Asli adalah golongan minoriti, namun mereka juga berhak dan mengimpikan kehidupan yang lebih selesa," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Projek Bekalan Air dan Elektrik di Perkampungan Orang Asli Bukit Manchong di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohamad Isa Abu Kasim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Salam Malaysia, Datuk Ahmad A. Talib dan wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mior Adam.

Sementara itu, Mohamad Isa berkata, penduduk Orang Asli perlu menggunakan kemudahan yang disediakan itu dengan berhemat dan mengelakkan pembaziran.

Ujarnya, ini bagi mengelakkan mereka daripada perlu membayar bil yang tinggi dan mungkin boleh menjejaskan perbelanjaan keluarga yang lain.

Beliau berharap kelengkapan kemudahan asas itu akan dapat meningkatkan sumber ekonomi penduduk serta memudahkan kanak-kanak mengulang kaji pelajaran.

"Apabila kemudahan asas yang lengkap disediakan, penduduk Orang Asli berpeluang untuk memajukan kampung mereka seperti memperkenalkan program inap desa dan menjalankan perusahaan kecil-kecilan.

"Justeru, saya amat berharap penduduk di sini dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya," katanya.

Mohamad Isa turut memuji usaha Yayasan Salam dan Philip Morris bagi menyediakan kelengkapan asas bekalan air dan elektrik tersebut.

Katanya, ia adalah satu contoh bagaimana syarikat swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) boleh melaksanakan tanggungjawab sosial dan korporat mereka dengan berkesan.

"Ini juga dapat membantu usaha kerajaan untuk mempercepatkan usaha untuk meletakkan tahap kehidupan masyarakat Orang Asli sama seperti penduduk lain.

"Seharusnya lebih banyak syarikat-syarikat besar turut sama membantu menyediakan kelengkapan kemudahan asas seperti ini di penempatan Orang Asli yang lain," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.