saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/06/2008

Amar sertai Handy Black


ANGGOTA kumpulan Handy Black, (dari kiri) Amar, Ely, Zam dan Lee bersama album terbaru mereka, Kronologi Mutiara Hitam.


NAMA Handy Black bukanlah baru di kalangan peminat muzik rock tempatan. Buktinya, kumpulan yang ditubuhkan sekitar tahun 1980-an ini sudah lebih 25 tahun menjulang genre muzik yang menjadi nadi kerjaya seni mereka itu.

Masih bertahan hingga ke hari ini, ternyata kumpulan yang diterajui oleh empat anggota, Amar (vokal), Ely (drum), Zam (bass) dan Lee (gitar) ini punya aura dan kekuatan tersendiri.

Walaupun vokalisnya sering bertukar ganti, namun penerimaan peminat terhadap kumpulan yang popular dengan lagu Kau Yang Bernama Seri ini tidak pernah luntur.

Setelah lima tahun sunyi tanpa album, kini Handy Black yang bernaung di bawah bumbung Jentayu Emas Sdn. Bhd., kembali dengan buah tangan terbaru berjudul Kronologi Mutiara Hitam.

Tambah menarik, album tersebut menerima sentuhan pertama vokalis terbarunya, Amar.

Mengupas latar belakang vokalis keempat kumpulan itu, Amar atau nama sebenarnya Mohd. Ariff Ismail, 33, merupakan bekas vokalis kumpulan Crash yang suatu ketika dahulu cukup popular menerusi lagu Mahsuri dan Abadikan Salam.

Penglibatannya bersama Handy Black sejak Januari tahun lalu membuahkan hasil apabila kumpulan itu muncul dengan album ketujuh mereka itu.

Mengulas mengenai penglibatannya, Amar yang ditemui baru-baru ini menyatakan bahawa dia telah dilamar oleh kumpulan itu sejak tahun 2005 lagi.

Bagaimanapun, lamaran itu ditolak kerana kumpulan Crash ketika itu sedang sibuk menghasilkan album baru.

“Tanpa diduga, pada Disember tahun 2006, saya dilamar sekali lagi oleh Handy Black. Pada mulanya, saya agak risau sebab takut penglibatan saya dipandang serong oleh pihak lain.

“Saya mengambil keputusan bertemu dengan Zul (bekas vokalis Handy Black), ternyata dia tidak kisah malah, memberi galakan kepada saya,” ujar Amar tanpa berselindung.

Yakin dengan kemampuan sendiri

Sudah menjadi kebiasaan, apabila muncul sahaja penyanyi baru, kebolehan mereka pasti dipertikaikan dan dibandingkan dengan penyanyi asal.

Akui Amar, sebelum ini dia tidak terlepas dari memikirkan perkara tersebut, bagaimanapun bergantung kepada kebijaksanaan seseorang dalam membuktikan kemampuan diri sendiri.

“Saya pernah bincangkan tentang hal ini dengan anggota Handy Black yang lain, malah dengan Zul pun saya pernah bertanya, sebab tanggungjawab saya selepas ini akan jadi bertambah besar kerana memegang nama Handy Black.

“Bagaimanapun, saya yakin dengan kemampuan saya sendiri. Saya tidak mahu terus dibayangi oleh Zul. Insya-Allah, cara nyanyian dan corak persembahan saya akan meyakinkan peminat tentang kebolehan diri saya yang sebenarnya,” jelas Amar.

RM15,000 hasilkan

Kronologi Mutiara Hitam

Berbicara tentang Kronologi Mutiara Hitam, kata Amar, album tersebut adalah yang pertama dihasilkan sendiri oleh kumpulan itu sejak mula berkecimpung dalam dunia hiburan.

Dengan muzik yang lebih matang, ujar Amar, inilah masa yang sesuai untuk kumpulannya mencorakkan kreativiti dalam penghasilan album dan juga lagu.

Ditambah alunan muzik ‘rock melodic’, album yang memuatkan 11 buah lagu termasuk sebuah lagu lama, Kau Yang Bernama Seri itu mempamerkan kematangan Handy Black sepanjang penglibatan mereka di persada industri hiburan tempatan.

Album yang mengambil masa setahun untuk disiapkan itu menelan belanja sekitar RM15,000 bagaimanapun, ia tidak termasuk kos promosi dan pengedaran.

Tambah Amar, oleh kerana proses pembikinan album tersebut hanya melibatkan anggota Handy Black sendiri, maka kos penghasilannya dapat dijimatkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.