saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 28/06/2008

Saya masih belum buat keputusan - Muhyiddin

28/06/2008 4:37pm

BATU PAHAT 28 Jun — Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding merebut jawatan yang lebih tinggi daripada apa yang disandangnya kini pada pemilihan parti Disember ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, ketika ini usahanya tertumpu kepada langkah-langkah untuk memastikan mesyuarat Umno peringkat cawangan yang akan bermula tidak lama lagi berjalan lancar.

Bagaimanapun apa yang pasti menurutnya, keputusan sama ada beliau akan mencabar jawatan Timbalan dan Presiden Umno itu akan dibuat sebelum berlangsungnya persidangan perwakilan Umno peringkat bahagian pada Oktober.

“Lama lagi saya akan beritahu (tentang keputusannya), saya akan membuat keputusan pada masa yang sesuai. Tetapi apa yang pasti (keputusan) itu sebelum mesyuarat bahagian pada bulan Oktober nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) di sini hari ini.

Beliau juga ditanya mengenai pandangan beberapa pihak di dalam Umno yang menyifatkan tataetika tentang pemilihan parti yang diedarkan minggu lepas, bertentangan dengan amalan demokrasi.

Muhyiddin yang mengemaskini tataetika itu menerusi Biro Perlembagaan dan Peraturan yang dipengerusikannya berkata, tataetika itu bukan suatu perkara yang baru kerana ia telah diperkenalkan pada 2001.

Kajian lebih mendalam terhadap perkara-perkara yang disentuh di dalam tataetika itu menunjukkan ia adalah lebih longgar, berbanding sebelum ini, katanya.

“Majlis Tertinggi Umno telah membuat keputusan tentang majlis-majlis seperti keraian, kenduri-kendara, tahlil yang boleh berjalan seperti biasa.

Amalan yang baik kita tidak halang.

“Cuma kita nasihatkan, jangan guna majlis-majlis itu untuk politik wang.

Yang parti pandang berat adalah rasuah politik,” katanya sambil menambah, dahulu kempen tidak dibenarkan tetapi kini ia dibenarkan.

Muhyiddin berkata, amalan demokrasi di dalam Umno perlu sihat dan tataetika itu hanya sebagai panduan. Mengenai nasihat kepada anggota Umno di peringkat cawangan yang akan bersidang tidak lama lagi, beliau mahukan mereka bersidang bagi mencari langkah-langkah yang mampu memulih semangat perjuangan anggota dan menarik sokongan anggota serta orang luar terhadap parti.

Senario politik yang dihadapi Umno ketika ini adalah amat mencabar, di mana pada pilihan raya umum Mac lepas, ia menerima tamparan hebat dengan parti itu kalah dan kehilangan kuasa di beberapa negeri.

“Sepatutnya itu menjadi pengajaran kepada kita, tarik kembali sokongan rakyat kepada Umno kerana jika itu tidak dibuat di dalam tempoh tiga empat tahun ini, keadaan akan lebih buruk daripada Tsunami Politik baru-baru ini,” kata Muhyiddin.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.