saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 28/06/2008

Pasukan bola sepak Johor disusun semula

JOHOR BAHRU 27 Jun - Suatu kajian dan penyusunan semula membabitkan langkah jangka pendek serta panjang terhadap pasukan bola sepak negeri ini akan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pencapaian pasukan itu di peringkat kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, langkah jangka pendek adalah meneliti semula keupayaan jurulatih dan barisan pemain pasukan bola sepak negeri.

"Kerajaan negeri memang sedar kemerosotan pencapaian pasukan bola sepak negeri di persada liga kebangsaan, jadi pemilihan pemain atau jurulatih berkualiti akan dibuat untuk beraksi di musim depan," katanya menjawab soalan Goh Tee Tee (BN-Tangkak) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Md. Jais berkata, sebagai pelan jangka panjang pula, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) akan mengadakan kerjasama dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor dan Persatuan Bola Sepak Negeri bagi melaksanakan program kemasyarakatan bola sepak.

"Ini termasuk mengaktifkan semula Liga Kelab-Kelab Johor dan Liga Bola Sepak Daerah," katanya.

Sementara itu, katanya, MSNJ juga telah mewujudkan akademi bola sepak negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara, Johor Bahru yang sehingga kini seramai 40 pelajar mengikuti latihan di situ.

Tambahnya, MSNJ juga akan mewujudkan akademi bola sepak daerah di seluruh negeri secara berperingkat dengan projek perintis di Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam, Segamat, yang mempunyai 20 orang pelatih.

Beliau berkata, MSNJ juga akan menambah bilangan jurulatih khususnya guru sekolah bagi memastikan para pemain dapat menguasai kemahiran bermain bola sepak di peringkat umur lebih awal.

"Selain itu klinik dan kem bakat bola sepak akan dijalankan dengan kerjasama bekas pemain-pemain bola sepak Johor," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.