saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/06/2008

Debat isu kenaikan minyak - Mohd. Ali mahu dibatalkan

MELAKA 28 Jun – Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek digesa membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

‘‘Ramai lagi pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

‘‘Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,” katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai persetujuan Menteri Penerangan itu untuk berdebat dengan Anwar mengenai kenaikan harga minyak pada 15 Julai depan.

Mohd. Ali menambah, Anwar tidak layak berdebat perkara itu kerana beliau bukanlah orang yang sesuai untuk memperkatakan mengenai isu tersebut.

‘‘Saya hairan mengapa Anwar diberi tempat istimewa dalam TV sedangkan bertanding dalam pilihan raya lalu pun tidak, jadi ahli PKR pun bukan cuma penasihat parti itu sahaja.

‘‘Saya langsung tidak nampak kenapa dia mendapat tempat dalam TV dan sebagai Naib Presiden UMNO saya membantah sekeras-kerasnya penganjuran dialog ini,” tegasnya..

Tambahnya, apa yang penting ketika ini ialah kerajaan mengetahui tindakan terbaik untuk rakyat dan pada masa sama tidak perlu mengambil kira sebarang dakwaan yang dikemukakan oleh pembangkang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.