saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 30/06/2008

MPSJ terima Anugerah Bandar Lestari

PUTRAJAYA Usaha gigih Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengintegrasikan unsur-unsur alam sekitar dalam perancangan, operasi dan pentadbirannya ternyata tidak sia-sia.Ini kerana segala usaha itu telahmembawa pihak berkuasa tempatan terbabuit merangkul Anugerah Bandar Lestari sempena Anugerah Alam Sekitar 2007.

Anugerah yang diperkenalkan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) sejak tahun 2003 itu diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

MPSJ menjadi pemenang bagi kategori pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala Dewan Bandaraya Kuching Utara di Sarawak menjadi pemenang bagi kategori Ibu Negeri.

Bagi kategori Majlis Daerah pula, ia dimenangi oleh Majlis Daerah Pekan, Pahang.

Majlis Bandaraya Shah Alam pula dinobatkan sebagai penerima anugerah khas bagi kategori Inisiatif Pentadbiran Alam Sekitar (Unit Pembangunan Mampan).

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pula memenangi kategori Inisiatif Pendidikan dan Kesedaran (Pusat Aktiviti Alam Sekitar) manakala selain Majlis Bandaraya Kuching Selatan menerima Inisiatif Ekologi (Taman Rimba Sama Jaya).

Anugerah-anugerah disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) di sini baru-baru ini.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas, Timbalannya, Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Suboh Mohd. Yasin.

Pada majlis itu turut berlangsung Anugerah Langkawi 2007 bagi menghargai sumbangan individu dalam bidang alam sekitar sama ada dari segi pengurusan, perniagaan, penyelidikan, akademik serta penulisan.

Anugerah yang diperkenalkan sejak tahun 1991 itu diberikan kepada aktivis alam sekitar, Datuk Dr. Mohammed Anwar Fazal Mohammed yang juga merupakan pengasas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.