saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/06/2008

Ketua Pemuda MIC keluar parti

KLANG 29 Jun - Ketua Pemuda MIC, S.A Vigneswaran hari ini mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada parti itu.

Beliau berkata, keputusan dibuat kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Bekas Ahli Parlimen Kota Raja itu mendakwa, beliau juga dimalukan oleh Samy yang sebelum ini membayangkan dirinya terlibat dengan pergerakan Makkal Sakti dan Hindraf semasa pilihan raya umum pada Mac lalu.

''Saya turut tidak berpuas hati dengan alasan Samy yang mengarahkan saya melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda MIC kerana telah melepasi umur 41 tahun sedangkan dalam Perlembagaan tidak disebut sedemikian.

''Sebenarnya, saya diarah melepaskan jawatan kerana tidak bersetuju dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh Samy yang sebenarnya lebih kepada kepentingan peribadinya dan bukan kerana parti,'' katanya.

Beliau mengumumkan keputusan itu ketika berucap pada Majlis Penyertaan Sukarelawan Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF) di Bangunan Hokkien Klang di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Vigneswaran yang juga Pengerusi MIYDF, berkata, beliau mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada politik.

''Saya akan berehat sementara dan tidak akan menyertai mana-mana parti jika ditawarkan kerana walaupun saya tidak lagi memimpin Pemuda MIC, Pemuda MIC akan tetap kekal.

''Saya juga melalui peguam sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden MIC atas tindakan-tindakannya yang memalukan saya," katanya.

Turut hadir bekas Ketua Pemuda MIC Kedah, R. Nantha Kumar yang meletak jawatan beberapa hari lalu dan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin MIC Selangor.

Ditanya mengenai rancangannya selepas ini, Vigneswaran yang menyertai MIC sejak 25 tahun lalu dan memimpin pergerakan Pemuda hampir enam tahun berkata, beliau akan menumpukan perhatian kepada MIYDF yang akan memberikan khidmat bakti kepada kaum India di negara ini.

Tambahnya, beliau juga akan terus bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin lain MIC dalam usaha membangunkan masyarakat India menerusi MIYDF.

''Saya tiada masalah dengan pucuk pimpinan BN dan MIC lain kerana masalah saya hanya dengan Presiden MIC.

''Di sini saya ingin mencabar Presiden MIC agar keluar daripada parti dan lihat sama ada dia boleh hidup atau tidak tanpa MIC, tetapi saya yakin tanpa Samy, MIC akan terus kekal.

''Saya memuji keputusan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan timbalannya, Datuk Seri Chan Kong Choy yang nyata tidak mementingkan diri dan jawatan, tetapi mementingkan kebajikan dan kejayaan parti ," katanya

Mengenai MIYDF, Vigneswaran berkata, yayasan yang ditubuhkan secara sah sejak setahun setengah yang lalu akan menumpukan kepada pembangunan dan kebajikan belia serta masyarakat India.

Ujarnya, beliau gembira kerana hari ini sahaja 1,500 ahli mendaftar sebagai sukarelawan yayasan dan beliau akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara untuk mencari lebih banyak sukarelawan.

''Ini bukan parti politik, tetapi yayasan untuk membantu orang India dan saya mengalu-alukan penyertaan semua belia India yang berminat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.