saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 30/06/2008

Cekap urus harta awam elak pembaziran kos

KENAIKAN harga minyak, yang secara realitinya akan turut meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan seolah-olah sudah tidak mampu dibendung lagi. Maka, ramai yang mencadangkan usaha-usaha alternatif. Ini adalah satu petanda bahawa masyarakat Malaysia mulai berfikir secara positif. Sekurang-kurangnya ilmu telah dipergunakan.

Salah satu usaha yang dicadangkan ialah dengan berjimat-cermat. Masih belum terlewat untuk bertindak, amalan baik ini bukan sahaja perlu dilakukan pada zaman 'kemelesetan ekonomi', malah seharusnya dijadikan amalan hidup sepanjang zaman.

Amalan berjimat-cermat perlu dikaitkan dengan produktiviti. Ia bukan sahaja berkisar tentang bagaimana belanjawan dirancang, malah ia juga perlu dirancang untuk dilaksanakan. Sekiranya produktiviti dapat dimaksimumkan, maka kecekapan itu pastinya akan menguntungkan.

Amalan berjimat-cermat juga amat berkait rapat dengan cara hidup dan pemikiran yang secara relatifnya bersandarkan kepada ilmu. Ilmu pula boleh didapati daripada pelbagai sumber, termasuklah dari pembacaan.

Sebuah buku yang membicarakan mengenai pengurusan harta awam, yang lebih menjurus kepada budaya penyelenggaraan ditulis oleh KC Leong, bertajuk The Essence of Asset Management - A Guide.

Harta awam perlu diuruskan dengan tahap kecekapan yang tinggi. Ini adalah kerana wang rakyat telah dibelanjakan, dan merupakan satu tanggungjawab kepada setiap organisasi yang terlibat untuk mengurusnya.

Masyarakat Malaysia diingatkan baru-baru ini untuk berjimat-cermat untuk mengharungi zaman 'kemelesetan ekonomi negara dan dunia'. Namun begitu, kerajaan menerusi organisasi-organisasinya juga perlulah menunjukkan contoh yang baik dengan meningkatkan lagi kecekapan pengurusannya.

AsetMenurut Richard Leete di dalam prakata buku ini, harta awam merupakan aset untuk sesebuah negara. Namun begitu sekiranya ia tidak diurus dengan baik, harta-harta itu akan menjadi sebuah liabiliti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi pernah dilaporkan berkata bahawa Malaysia mempunyai infrastruktur kelas pertama, tetapi minda kelas ketiga. Harta awam (atau pun lebih baik digunakan aset sebagai kata gantinya) yang tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan peruntukan yang lebih besar perlu diperuntukkan untuk membaikinya, lantas menyusutkan belanjawan negara. Ini adalah sesuatu yang merugikan.

Lantas, ilmu-ilmu pengurusan penyelenggaraan aset perlu segera dimasyarakatkan. Maka menerusi buku ini, KC Leong telah mempermudahkan ilmu pengurusan penyelenggaraan dengan menerangkan perkataan-perkataan yang selalu digunakan di dalam bidang ilmu ini.

Malah, lebih tertarik dengan reka letak buku ini yang menggunakan konsep bingkai, iaitu segala penerangan untuk satu-satu fakta hanya termaktub di dalam satu bingkai. Buku ini mengandungi 17 bab, yang dimulai dengan penerangan mudah tetapi padat mengenai aset, diikuti dengan prinsip-prinsip pengurusan aset. KC Leong juga menerangkan konsep Systemic Asset Management (SAM) yang boleh digolongkan sebagai ilmu baru di dalam pengurusan penyelenggaraan.

Buku lebih bermakna dengan perkongsian KC Leong yang berpengalaman di dalam usaha membangunkan negara-negara dunia ketiga mengurus aset mereka. Pengalaman ini dikongsi bersama pembaca menerusi bab-bab Good Urban Governance, City Revitalisation dan Poverty Reduction.

KC Leong juga berkongsi pandangan beliau untuk bagaimana masyarakat Malaysia boleh dididik untuk membudayakan amalan penyelenggaraan. Menurut beliau, masyarakat yang prihatin adalah masyarakat yang mengamalkan budaya penyelenggaraan.

Seperti umum ketahui, sesuatu aset (termasuklah bangunan dan infrastruktur), sekiranya tidak diselenggara dengan sempurna akan mewujudkan masalah dari keselamatan dan kerugian dari segi kewangan. Maka, menurut beliau lagi, budaya penyelenggaraan seharusnya bermula dari rumah.

Seharusnya buku ini dijadikan buku wajib kepada setiap pegawai di jabatan-jabatan kerajaan, malah perlu segera dimiliki oleh setiap individu di Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.