saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 30/06/2008

Sentuhan si bujang


Ruang tamu ini antara ruang kesukaan tiga anak muda ini, (dari kiri) Omar Al-Attas, Ahmad Safwan Ghazali dan Jeffri Abdul Razak untuk melepak dan menonton televisyen.


JIKA sesekali dapat berkunjung ke rumah orang bujang, apa agaknya yang dapat dibayangkan? Mungkin sesetengahnya bersetuju bahawa bukan sahaja keadaan rumah yang berselerak dan merimaskan, bahkan bau yang kurang menyenangkan menusuk ke hidung.

Selain sibuk, sikap kurang prihatin si bujang terhadap kerja-kerja rumah, terutama dalam menghias kediaman menjadi penyumbang utama kepada situasi tersebut.

Namun, menjejaki kaki ke kediaman Omar Al -Alattas, 30, yang terletak di Taman Damai Mewah, Kajang, Selangor, membuktikan bukan semua anak bujang bersikap begitu.

Apa yang pasti sebaik penulis memasuki kediaman jenis apartmen ini, tahap kreativiti penghuninya dalam menata rias kediaman sama hebatnya dengan golongan wanita.

Biarpun mempunyai ruang yang agak terhad, anak muda kelahiran Johor Baharu, Johor, ini bijak menata ruang mengikut konsep yang ingin diketengahkan dengan memilih teknik suai padan.

Sama seperti pemilik apartmen, kondominium atau kediaman berkeluasan terhad lain, idea perkongsian ruang turut menjadi pilihan kepada beliau serta dua rakan serumahnya, Ahmad Safwan Ghazali, 28, dan Jeffri Abdul Razak, 27, untuk menghias kediaman mereka.

Situasi itu secara langsung memberi peluang kepada mereka untuk benar-benar memanfaatkan keluasan ruang sebaik mungkin selaras konsep hiasan dalaman.

Pada masa yang sama, cetusan idea konsep dwifungsi yang menggabungkan dua kegunaan dalam satu ruang antara yang cukup menarik diketengahkan mereka bertiga.

Ruang tamu dan ruang makan umpamanya turut dilengkapi sudut bekerja memandangkan Omar dan Ahmad Safwan bekerja sendiri.

Meninjau keseluruhan kediaman, pilihan cat berwarna hijau jenis Morocon Mint yang melatari ruang tamu nyata memberi kesan tersendiri. Apatah lagi dengan pemilihan perabot moden. Misalnya, sofa potongan moden berwarna biru tua yang diletakkan di bahagian tengah ruang tamu menyuntik keindahan tersendiri.

Bagi menghidupkan suasana lebih hebat perhiasan kecil atau bingkai gambar yang diletakkan di rak, selain koleksi video kegemaran.

Begitu juga dengan lakaran hiasan dinding yang dihasilkan sendiri oleh Omar menggunakan teknik grafik komputer membuatkan sesiapa sahaja terpegun seketika. Ruang ini dihangatkan lagi dengan kehadiran hiasan lampu dinding klasik bagi memberi serakan cahaya secukupnya kepada ruang tamu.

Untuk mengisi bahagian tengah kediaman, Omar mengambil inisiatif dengan meletakkan kusyen sebagai perhiasan.

Beralih ke ruang makan, mata bukan sahaja tertumpu kepada set meja makan enam dudukan, tetapi juga cat dinding berwarna Knock Out Red yang cukup menarik perhatian.

Warna cat tersebut dipilih bertujuan membangkitkan lagi selera makan. Bersebelahan dengan ruang ini pula, mereka menempatkan hiasan cermin pada bahagian dinding yang berfungsi untuk memberi ilusi ruang lebih luas.

Menjengah pula ke bilik tidur anak -anak bujang ini, ternyata masing-masing tampil dengan cita rasa dan konsep berbeza. Mata bagaikan terpaku dengan warna merah pulasan yang mendominasi kamar beradu utama milik Omar . Apatah lagi percikan rona polos sedondon dapat dilihat pada langsir tingkap.

Tenang

Bagi Omar, kamar yang indah bukan sahaja membuatkan dirinya berasa tenang, tetapi juga umpama medan untuknya merehatkan minda. Cadar satin menjadi pilihannya kerana keistimewaan fabrik yang selesa dan sejuk.

Memasukki kamar tidur Ahmad Safwan, suasana kontemporari lebih dirasakan dengan pemilihan cat dinding yang lebih lembut ditambah kehadiran lampu hiasan sudut katil yang memercikkan rona tersendiri.

Menyempurnakan lagi ruang, gambar milik peribadi disusun indah di rak perhiasan yang letaknya betul-betul di kepala katil. Selain tempat beradu, Ahmad Safwan turut menjadikan kamarnya itu sebagai ruang bekerja dengan menempatkan meja tulis dan komputer riba.

Berlainan pula dengan Jeffri yang gemarkan gaya klasik, anak muda ini memilih warna hijau gelap. Cadar daripada rona sama dengan langsir satin polos berjaya membangkit gaya tersendiri. Tambah menarik hiasan dinding dengan pemilihan lukisan bunga tulip yang dibingkai indah.

Meninjau pula ke ruang dapur, kabinet pasang siap yang dilengkapi tempat memasak, hod, sinki dan peralatan memasak lain tersusun rapi. Tidak hairan kerana menurut ketiga-tiga anak bujang ini, mereka sememangnya suka memasak, terutama pada hujung minggu. Berbeza ruang tamu, warna coklat digunakan pada bahagian dapur bagi memberi impak yang lebih santai tetapi eksklusif kepada kawasan tersebut.

Bagi ketiga-tiga sahabat ini, biarpun bergelar orang bujang usah menyangka mereka meminggirkan kepentingan menata rias kediaman. Sama seperti orang lain yang memiliki kediaman sendiri, mereka juga mahukan suasana yang tenang dan selesa kerana rumah adalah syurga kerana dari situlah segala-galanya bermula.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.