saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 30/06/2008

Kay Marine siap bot RM56 juta

KUALA TERENGGANU 29 Jun - Kay Marine Sdn. Bhd., telah berjaya menyiapkan tujuh buah bot untuk kegunaan Jabatan Laut yang berharga RM56 juta meskipun mengalami pelbagai masalah termasuk kenaikan kos barangan.

Pengerusinya, Datuk Wan Mohd. Albakri Wan Md. Noor berkata, ini merupakan satu kejayaan Kay Marine dalam menyiapkan pembinaan bot selepas ia dimulakan beberapa tahun lepas.

'' Projek pembinaan ini adalah di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) tetapi disambung ke RMK-9 dan hari ini telah siap sepenuhnya untuk di serahkan kepada Jabatan Laut," katanya di majlis penyerahan dan penerimaan Katamaran di sini semalam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Pengarah Laut Wilayah Timur, Rossid Musa.

Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Datuk Kapt. Ahmad Othman dalam ucapannya memberitahu, pembinaan Katamaran tersebut yang menelan peruntukan sebanyak RM56 juta akan digunakan sebagai perkhidmatan pengangkutan laut.

Katanya, dengan adanya bot-bot ini ia memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat terutama kepada penduduk yang tinggal di pulau-pulau.

'' Dengan reka bentuk bot yang moden ini memberi pelbagai tugas dan fungsi terhadap bot tersebut antaranya bagi pengangkutan pesakit, kecemasan dan termasuk menjalankan kerja penyelenggaraan alat-alat bantuan pelayaran.

''Selain itu, bot ini juga menggunakan teknologi terkini dalam mengubahsuai bot tersebut termasuklah dengan kelengkapan sistem tangki minyak bagi tujuan keselamatan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.