saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 02/07/2008

Kawal pekerja asing


KEBANJIRAN pendatang asing menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk tempatan terutamanya berhubung isu keselamatan dan penyakit berjangkit.


SARANAN kerajaan supaya disediakan insentif yang lebih baik dalam menarik pekerja tempatan tidak sewajarnya dilihat oleh majikan sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing semata-mata, sebaliknya lebih kepada jaminan keselamatan sosial dan budaya di kalangan masyarakat.

Sejak sekian lama, penduduk tempatan dibelenggu dengan rasa bimbang dan terpinggir dengan kehadiran pekerja asing sama ada secara sah atau tanpa izin yang semakin bertambah saban tahun.

Jika dulu, kumpulan pendatang itu hanya dapat dilihat di kawasan tertentu seperti di tapak pembinaan dan kawasan perladangan, namun komuniti mereka kini semakin berkembang.

Malah, bukanlah sesuatu yang menghairankan ketika ini untuk melihat kelibat warga asing di kawasan penempatan seperti di taman-taman perumahan dan apartmen terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Mereka bukan sahaja berkongsi segala kemudahan dengan penduduk tempatan, sebaliknya ada yang lebih berjaya sehingga dapat berniaga sama ada membuka kedai runcit atau menjaja di tepi jalan.

Ironinya tidak hanya pertambahan bilangan warga asing yang mencetuskan rasa kurang senang, kepelbagaian warganegara mereka juga mula menimbulkan persoalan.

Penduduk tempatan mungkin sudah biasa dengan pendatang berwajah ASEAN terutamanya dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar dan Filipina yang bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan ladang.

Tetapi situasi kini agak berbeza apabila pendatang yang lebih antarabangsa seperti dari Nepal, Bangladesh dan India pula mendominasi kebanyakan sektor pekerjaan.

Dengan jumlah yang semakin bertambah dan hidup berkelompok dalam kumpulan yang sama, kehadiran mereka pastinya mengundang rasa kurang senang dan tidak selesa.

Bukan sahaja soal keselamatan seperti peningkatan kes jenayah yang perlu diberi perhatian, tetapi isu kesihatan se- perti penyakit berjangkit juga mencetuskan kebimbangan yang bukan sedikit di kalangan penduduk tempatan.

Apatah lagi mengetahui terdapat warga asing yang bekerja di sektor berkaitan penyediaan makanan seperti di kilang pemprosesan serta tukang masak di restoran, kehadiran mereka sewajarnya menuntut perhatian yang tinggi daripada kerajaan.

Dengan hakikat bahawa kepesatan proses modenisasi negara tidak dapat mengelak daripada bergantung kepada tenaga kerja asing, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berpendapat, kerajaan memerlukan satu mekanisme yang sistematik dalam memastikan kedatangan pekerja asing tidak menjadi masalah atau beban kepada negara.

Pendekatan yang dilihat paling wajar menurut beliau, adalah menerusi saluran diplomatik iaitu dengan meningkatkan hubungan dua hala bagi mewujudkan situasi menang-menang di antara Malaysia dan negara pendatang.

Menerusi jalinan kerjasama diplomatik yang dipertingkatkan itu, negara pendatang perlu memberi jaminan bahawa warganya yang dihantar bekerja di sini mampu mematuhi undang-undang dan memahami budaya dan kedudukan sosial di negara ini.

MemperhebatkanIa juga antara lain memberi peluang kepada kedua-dua buah negara menyediakan latar belakang pekerja asing seperti status kesihatan serta jumlan kehadiran di negara ini sebagai semakan dan perhatian pada masa depan.

Mengambil contoh dalam menangani isu pendatang warga Filipina di Sabah misalnya, kerajaan jelas Pandian, perlu memperhebatkan usaha diplomatik dengan Manila bagi mencari jalan penyelesaian menangani isu kebanjiran pendatang dari negara itu yang kini menjadi polemik politik antara kedua-dua ne- gara.

''Penubuhan konsulat Filipina di Sabah misalnya adalah antara langkah yang boleh dilaksanakan dalam memberi peluang kepada negara itu memahami isu- isu berkaitan pendatang Filipina yang perlu didepani oleh kerajaan Sabah.

''Meskipun penubuhan konsulat ini bakal mendapat tentangan Manila kerana ia secara tidak langsung mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia sekali gus bertentangan dengan tuntutan negara itu ke atas Sabah, namun pertembungan politik sebegitu perlu ditangani segera sekiranya kerajaan mahu memastikan isu pendatang asing dapat diselesaikan secara jangka masa panjang," katanya.

Ketika pengukuhan jalinan hubungan diplomatik itu dilihat boleh membantu dalam mengawal kemasukan pekerja asing secara sah, timbul pula persoalan sejauh mana ia mampu mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ia termasuk PATI yang menyeludup ke negara ini menerusi pintu masuk di wilayah bersempadan tanpa sebarang dokumen yang sah serta warga asing yang menyalahgunakan visa dan pas la- watan serta berselindung di sebalik status sebagai pelancong asing.

Seperti yang sering didedahkan sebelum ini, terdapat warga asing terutamanya dari China dan negara-negara Asia Tengah yang menyalahgunakan pas lawatan atau pas pelajar untuk bekerja dalam sektor hiburan.

Dalam mendepani situasi itu, Pandian berkata, ia tidak dapat mengelak da- ripada penguatkuasaan undang-undang yang ketat serta pemantauan berterusan daripada pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu PATI.

Rondaan dan operasi itu pula tidak hanya tertumpu kepada tangkapan PATI semata-mata, sebaliknya turut mengenakan tindakan yang tegas terhadap majikan yang mengambil pekerja asing tanpa dokumen dan permit kerja yang sah.

''Dalam usaha yang lebih luas, kerajaan perlu meningkatkan keselamatan sempadan negara daripada diceroboh dengan mudah termasuk bekerjasama dengan negara serantau dalam menjaga keselamatan perairan terutamanya Selat Melaka," katanya.

Menyentuh mengenai kecenderungan majikan mengambil pekerja asing kerana upah yang rendah selain memiliki kemahiran yang pelbagai, Pandian menjelaskan, faktor-faktor dalaman sebegitu tidak dinafikan menggalakkan kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Bagaimanapun katanya, ia tidak bermakna rakyat tempatan tidak mempunyai kemahiran dalam sektor pekerjaan yang didominasi oleh pekerja asing ketika ini tetapi kelebihan lain seperti gaji yang setimpal dan insentif lain yang me- narik perlu diberi perhatian oleh majikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.