saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 03/07/2008

Briged Pemuda MIC Kedah bubar

KULIM 2 Julai - Kemelut politik dalaman MIC semakin meruncing apabila hampir semua pemimpin Briged Pemuda Kedah termasuk Ketuanya, M. Magendiran bertindak meletak jawatan dan sekaligus membubarkan sayap pergerakan tersebut hari ini.

Menurut Magendiran, 31, mereka tiada pilihan selain meletakkan jawatan dan membubarkan sayap tersebut kerana mendakwa parti itu sudah hilang arah apabila mengarahkan Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, S. A. Vigneswaran berundur.

Katanya, kira-kira 800 ahli Briged Pemuda dari 11 bahagian di Kedah kini juga telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Tujuan kami adalah jelas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Kami bertindak kerana ingin membantah tindakan Presiden parti yang mengarahkan Vigneswaran berundur dengan alasan umur melebihi 40 tahun.

"Kalaulah orang yang dipilih oleh perwakilan Pemuda MIC seperti Vigneswaran senang-senang saja diarahkan berundur, apakah nasib orang seperti kami di Briged Pemuda.

"Kami hanya dilantik oleh pucuk pimpinan dan ini bermakna pada bila-bila masa boleh dibuang begitu saja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tindakan terbaru dalam kemelut Pemuda MIC itu dilakukan ekoran bantahan terhadap langkah Samy Vellu mengarahkan Vigneswaran meletakkan jawatan atas sebab usianya yang melebihi 40 tahun.

Krisis yang melanda parti itu dipercayai bermula pada minggu lalu apabila pemimpin pergerakan Pemuda MIC Kedah termasuk ketuanya, R. Nantha Kumar mengumumkan peletakan jawatan.

Selepas itu, pada 29 Jun lalu, Vigneswaran pula mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada MIC.

Terbaru, semalam, Timbalan Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, Vincent David turut meletakkan jawatannya berikutan tidak puas hati terhadap arahan pucuk pimpinan parti.

Menurut Magendiran, selain beliau, turut meletakkan jawatan ialah Timbalan Ketua Briged Pemuda MIC Kedah, A. Manivanan; Setiausaha, S. V. Thinagaran; Bendahari, S. Ananthan; Ketua Penerangan, B. Kumaraguru dan Penolong Setiausaha, Salimy Ibraheem.

"Apabila semua pemimpin meletakkan jawatan, ini bermakna Briged Pemuda MIC Kedah juga dibubarkan dan sayap itu kini tidak berfungsi lagi," katanya.

Tambahnya, Briged Pemuda MIC ditubuhkan atas inisiatif Vigneswaran pada tahun 2003 dan ia telah banyak menyumbang terhadap usaha membantu masyarakat India dan MIC sendiri.

"Apabila Vigneswaran berundur maka Briged Pemuda selepas ini mungkin tidak dapat menjalankan tugas mereka lagi.

"Saya jangka, lebih banyak Briged Pemuda negeri akan dibubarkan dalam tempoh terdekat," jelasnya.

Tambah Magendiran, krisis yang melanda MIC tersebut mungkin dapat dipulihkan sekiranya Samy Vellu berundur daripada jawatan Presiden.

"Kami meminta beliau supaya menyerahkan pucuk pimpinan kepada generasi pelapis," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.