saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/07/2008

Wujudkan lorong basikal di jalan, lebuh raya

PULAU PINANG 3 Julai - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menyediakan lorong basikal yang selamat di semua jalan raya dan lebuh raya baru bagi menggalakkan penggunaannya sebagai pengangkutan alternatif.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, lorong khas tersebut membolehkan penunggang basikal menggunakan basikal dengan lebih selamat tanpa mengganggu pengguna jalan raya lain.

Selain dapat menyihatkan tubuh badan, tambahnya, berbasikal juga dapat melindungi alam sekitar, menjimatkan minyak dan wang serta mengurangkan kemalangan.

Justeru, pihaknya telah menghantar cadangan kepada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan supaya langkah-langkah sewajarnya termasuk perancangan menyusun lalu lintas dapat diambil.

''Dengan kenaikan harga minyak, kenderaan bermotor seperti kereta dan motosikal menjadi mahal untuk digunakan. Ini membebankan mereka yang berpendapatan rendah dan golongan belia.

''Basikal bukan sahaja mudah digunakan di kawasan bandar yang padat penduduk, ia juga amat sesuai di kawasan luar bandar di mana jalan raya kurang disenggara atau tidak ada," katanya pada sidang akhbar sempena Kempen Berbasikal Negeri Pulau Pinang 2008 di sini hari ini.

Sempena kempen itu, kira-kira 1,500 orang akan berbasikal mengelilingi bandar raya Georgetown pada 27 Julai ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penjagaan kesihatan.

Menurut Mohamed Idris, kenderaan bermotor juga mahal untuk disenggara memandangkan pengguna terpaksa membayar cukai jalan, lesen, bayaran meletak kenderaan dan servis serta membaiki bahagian yang haus dan lusuh.

Beliau berkata, pengangkutan ini juga menelan perbelanjaan negara kerana jalan raya, lebuh raya dan tempat meletak kereta perlu dibina untuk memberi kemudahan kepada rakyat.

''Selain menyediakan lorong, kerajaan hanya perlu mengubah suai jalan untuk memudahkan laluan basikal dan pejalan kaki serta meletakkan papan tanda basikal yang jelas di laluan basikal.

''Pengubahsuaian ini hanya melibatkan kos yang sedikit berbanding manfaat yang akan diperoleh rakyat kesan daripada penggunaannya di jalan raya," kata Mohamed Idris.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.