saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/07/2008

Shamsul pelbagaikan cabang


KELUARGA PENYAYANG... (dari kiri) Rina, Megat Ummar, dan Shamsul.


ANGKA 40 ternyata membawa tuah kepada aktor komedi, Shamsul Azahar Aliddin atau lebih dikenali Shamsul Ghau Ghau untuk menapak dalam bidang perniagaan yang bukan baru diceburinya.

Pengalaman berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam telah memberi semangat untuk dia memulakan perniagaan restoran makanan bersama ibu mentuanya.

Selain, mak mentua, isteri Shamsul, Sharifah Azrinah, 33, juga turut membantunya dalam menguruskan hal berkaitan Restorannya yang baru dua bulan di buka di Perhentian Kajang.

“Saya merasakan untuk membuka sesuatu perniagaan ia memerlukan komitmen untuk di majukan bersama.

“Oleh itu saya beranggapan perniagaan restoran lebih selamat memandangkan di kawasan Kajang restoran makanan mendapat sambutan pengunjung,’’ jelasnya ketika ditemui pada sambutan hari lahir ketiga anaknya Megat Ummar Azhar di Restoran Selera Bonda Jom Makan Apa-Apa Aje baru-baru ini.

Siapa sangka Shamsul yang dulunya pernah manjawat jawatan di unit berpasukan polis, kini mampu berdiri dan berjaya dalam karier yang diceburinya walaupun setelah 15 tahun bergelar seorang penghibur.

Apabila ditanya mengenai kehidupan dan perjalanan kariernya seninya, Shamsul mengakui, dia sangat bertuah kerana masih diberi kepercayaan untuk menjayakan pelbagai acara.

“Saya perlu bekerja mencari rezeki untuk menyara keluarga. Saya melakukan pelbagai kerja dan kini banyak dijemput untuk mengacara majlis korporat, majlis makan malam dan lain-lain,’’ katanya.

Apa yang menariknya dalam kesibukan itu ia tidak membataskan Syamsul untuk menerima tawaran berlakon memandangkan lakonan merupakan medium seni yang sangat disenanginya.

“Saya masih berlakon dan itu merupakan bidang seni yang masih tebal dalam diri saya selain bidang nyanyian.

“Terbaru saya, baru sahaja menjayakan pengambaran drama Sari Maya 26 episod untuk TV9 dan drama Romeo 13 Episod untuk saluran TV3,’’ jelasnya yang turut berlakon filem Senario The Movie: Episode 1.

Pengalaman melebihi satu dekad sudah tentu memberinya pengalaman yang luas dalam mengetahui proses perjalanan dalam sesebuah produksi dan adakah Shamsul mempunyai rancangan menubuhkan syarikat produksi miliknya sendiri?

“Dahulu saya ada produksi sendiri. Tapi sudah lama dihentikan. Buka sesebuah produksi ini sukar dan menuntut komitmen yang tinggi.

“Kenalan mesti banyak untuk berhubung kalau tidak sukar untuk mendapatkan peluang perniagaan. Jadi, lebih baik buat masa sekarang saya beri tumpuan kepada restoran ini,’’ jelasnya.

Atau tidakkah Shamsul terfikir untuk menulis skrip? Dan bagaimana pula dengan album memandangkan dahulunya Shamsul pernah dikenali dengan lagu hits nyanyian Selamat Jalan Romeo.

“Skrip untuk program mengacara saya berani buat. Tapi untuk drama tidak ada lagi, jikalau nak buat semestinya corak komedi pilihan saya.

Album

“Mengenai album pula, sebetulnya ia sudah siap dirakamkan cuma tunggu untuk dipasarkan. Kemungkinan selepas hari raya nanti album saya akan diedarkan,’’ jelasnya yang memilih syarikat rakaman Warner Music untuk mengedarkan albumnya.

Dalam album berkenaan, Shamsul turut menjemput Ujang dan Cat berduet malah turut menyumbangkan lagu dalam album tersebut.

Kini, kehidupan Shamsul sudah jauh berubah berbanding penglibatan awalnya dahulu. Namun, mengenalinya, dia seorang yang sangat peramah dan sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan kualiti hidupnya.

“Kalau tak jadi artis, barangkali saya masih menjadi polis atau peniaga pasar malam. Tiada apa yang berubah mengenai saya,’’ ujarnya merendah diri.

Dan lelaki ini juga memberitahu dia mahu membuka cawangan baru restorannya pada penghujung tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.