saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 04/07/2008

Galeri Seni Rakyat serlah kreativiti anak Melaka


Orang ramai mengambil peluang melihat lukisan yang dipamerkan di Galeri Seni Rakyat di Melaka.


MELAKA 3 Julai - Bandar Hilir yang merupakan nadi utama bandar raya Melaka kini semakin terkenal dengan pelbagai produk pelancongan yang menarik untuk dilawati baik yang sudah menjadi warisan negara mahupun produk-produk baru.

Salah satu yang menjadi tarikan utama di bandar raya ini ialah terdapat banyak muzium dan galeri untuk dilawati dan salah satu galeri yang baru diwujudkan ialah Galeri Seni Rakyat.

Galeri yang terletak di Jalan Laksamana dan diilhamkan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob itu secara rasminya dibuka oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, baru-baru ini.

Malah, Mohd. Khalil yang merupakan peminat nombor satu dalam bidang seni lukis tidak ketinggalan menyumbangkan hasil lukisannya untuk dipamerkan di muzium tersebut.

Menurut Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas, galeri tersebut diwujudkan bagi menyediakan satu wadah penyampaian kreatif anak-anak tempatan melalui karya seni lukis dan seni foto.

Di galeri itu, katanya, para pengunjung berpeluang melihat sendiri kreativiti para pelukis negeri Melaka menghasilkan karya di studio khas yang terdapat pada tingkat dua bangunan itu.

''Di ruang legar, terdapat lebih 80 himpunan lukisan pelbagai tema yang dihasilkan oleh para pelukis tempatan dipamerkan.

''Lukisan-lukisan yang dipamerkan ini kebanyakannya menggambarkan cara hidup dan budaya pelbagai kaum yang terdapat di negeri ini seperti Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis, Chetti dan Orang Asli," katanya.

Jelas beliau, tidak ketinggalan lukisan-lukisan berbentuk abstrak yang menggambarkan masyarakat kaum tradisional Melayu yang terdapat di kampung-kampung di negeri ini juga turut dipamerkan.

Studio melukis pula dikhaskan untuk para pelukis menghasilkan karya mereka secara terbuka dan orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat bagaimana para pelukis berkenaan berkarya.

''Para pelukis ini yang diletakkan di bawah Kumpulan Pelukis Negeri yang berfungsi mengumpul koleksi lukisan dari pelbagai sumber dan secara bergilir-gilir menghasilkan lukisan seperti yang dikehendaki oleh pengunjung.

''Malah mereka juga turut mengadakan kelas melukis untuk mereka yang berminat mempelajari seni kreatif itu," kata beliau.

Sudut jualan lukisan turut disediakan bagi membolehkan pengunjung membeli cenderamata ciptaan para pelukis berkenaan dan ia dijual pada harga yang berpatutan antara RM100 sehingga RM5,000.

Khamis berkata, sejak dibuka kepada orang ramai pada pertengahan bulan lalu, lebih 1,000 pengunjung telah melawat galeri itu terutama di kalangan pelancong asing.

Sehingga kini, sejumlah kira-kira RM15,000 berjaya dikumpul hasil jualan lukisan yang dihasilkan di galeri berkenaan selain berjaya menganjurkan dua bengkel lukisan kreatif di galeri tersebut.

Malah, sempena pembukaan rasmi Galeri Seni Rakyat itu, pengunjung berpeluang menyaksikan pameran foto bertajuk A Tale of Two View dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara dan Jabatan Warisan Negara yang akan dipamerkan sepanjang bulan ini.

Orang ramai yang berminat mengunjungi Galeri Seni Rakyat, ia beroperasi setiap hari kecuali Isnin bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.