saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 04/07/2008

Karya seni mengagumkan pengunjung

MELAKA 3 Julai - Orang ramai yang mengunjungi Galeri Seni Rakyat di Jalan Laksamana di sini kagum dengan hasil seni dan kreativiti anak-anak negeri Melaka yang dipamerkan di galeri tersebut.

Beberapa pengunjung yang ditemui Utusan Malaysia berkata, selain memuatkan hasil seni anak-anak tempatan, galeri tersebut juga dihias indah dan mampu menarik pengunjung.

Seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Norhayati Nazri, 46, berkata, orang ramai patut mengunjungi galeri tersebut kerana ia memberikan pendedahan tentang keistimewaan dan budaya pelbagai etnik yang mewakili pelbagai masyarakat negeri Melaka.

''Lukisan-lukisan yang dipamerkan amat menarik dan cantik malah harga yang ditawarkan juga tidaklah berapa mahal sehingga saya tidak tahu yang mana satu harus saya beli," katanya yang mengakui amat meminati bidang seni terutama lukisan.

Kata Norhayati, dia berhasrat untuk berkunjung sekali lagi ke galeri berkenaan pada masa akan datang untuk berkongsi pengalaman dan keseronokan dengan anggota keluarganya yang lain.

Seorang lagi pelancong dari Jitra, Kedah, Lailaa Sani, 34, berkata, kunjungan beliau ke galeri itu memberi peluang kepadanya untuk memahami tentang keistimewaan negeri Melaka.

''Pada mulanya saya beranggapan pameran seni lukis yang terdapat pada galeri ini hanya lukisan biasa yang boleh kita dapati di mana-mana tempat sahaja.

''Ternyata saya silap, apabila menyaksikan sendiri hasil seni yang dihasilkan oleh anak-anak Melaka ini mempunyai perbezaan dan unik," katanya.

Malah, beliau mengakui sudah mula memahami serba sedikit tentang seni budaya masyarakat pelbagai kaum yang ada di Melaka, khususnya masyarakat Chetti dan Portugis.

Seorang lagi pelancong dari Kedah, Jadam Halim, 30, berkata, galeri lukisan itu umpama pentas seni yang menceritakan tentang budaya dan kehidupan masyarakat Melaka yang pelbagai.

Katanya, kepelbagaian hasil lukisan yang dipamerkan merupakan daya tarikan utama pengunjung melawat galeri tersebut dari semasa ke semasa.

''Susun atur lukisannya juga amat baik dan diselang seli dengan pameran seni ukir yang unik. Kreativiti ini membuatkan pengunjung tidak bosan," katanya.

Tidak ketinggalan seorang penduduk tempatan dari Bandar Kaba, Chan Tai Ho, 28, yang berpendapat himpunan lukisan yang pelbagai tema diserlahkan secara menarik dan kreatif demi memastikan pengunjung selesa menyaksikan hasil seni yang dipamerkan.

''Paling menariknya, di galeri ini juga disediakan studio untuk pelukis menghasilkan lukisan mereka, ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat hasil lukisan yang dihasilkan.

''Malah, saya juga berpeluang mempelajari teknik melukis dan cara menghasilkan lukisan kreatif daripada pelukis ini kerana di sini juga mereka boleh mengajar pengunjung mengenainya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.