saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 04/07/2008

Pawagam GSC di Dataran Pahlawan Megamall

MELAKA Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC), operator rangkaian pawagam tempatan, membuka sebuah lagi pawagam bernilai RM20 juta di pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall di sini. Pawagam dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 2,002 itu, menyediakan 10 buah panggung sebagai tambahan kepada empat buah panggung sedia ada di GSC Mahkota Parade.

GSC Mahkota Parade cuma menyediakan 809 tempat duduk dan mula beroperasi 14 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koh Mei Lee berkata, pembukaan 10 lagi buah panggung wayang itu bertujuan memenuhi keperluan masyarakat terutamanya yang tinggal dan bekerja di sekitar kawasan pusat bandar.

"Matlamat kami ialah untuk memberikan kepelbagaian pilihan hiburan filem terbaik dan panggung terbaik kepada kaki wayang di bandar ini.

"Ini bermakna, masyarakat di bandar ini boleh menikmati lebih banyak filem-filem di 14 buah panggung GSC di kedua-dua pusat beli belah ini," katanya dalam ucapannya semasa perasmian GSC di Dataran Pahlawan Megamall di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Seet Har Cheow.

Hadir sama Pengerusi Hatten Group Sdn. Bhd., Datuk Shuaib Lazim dan Pengurus Besar GSC, Irving Chee.

Mei Lee menambah, sepanjang tahun ini, bermula April hingga Jun, GSC telah melabur RM49 juta dalam tiga multipleks baru di seluruh negara.

Multiplus itu adalah GSC Alamanda Putrajaya yang menelan belanja RM13 juta, GSC Borneo Kota Kinabalu (RM16 juta) dan GSC Dataran Pahlawan Megamall (RM20juta).

"Sebagai sebahagian daripada tarikan pembukaan GSC Dataran Pahlawan Megamall, kami juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti dan cenderahati percuma pada hujung minggu pembukaan.

"Ini termasuklah kemunculan watak filem Star Wars dan Batman, sesi bergambar dan peraduan makan bertih jagung," katanya.

Sementara itu Har Cheow berkata, dengan pembukaan panggung tersebut, ia secara tidak langsung akan membantu merancakkan lagi sektor pelancongan di Melaka terutamanya kepada produk-produk pelancongan baru yang ada di pusat bandar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.