saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/07/2008

KAMI ‘The Gig’ - hangatkan muzik indie


KUMPULAN Meet Uncle Hussain merupakan salah sebuah band yang akan mengadakan persembahan sempena KAMI ‘The Gig’


BERMULA hari ini, peneraju perkhidmatan telekomunikasi prabayar, Hotlink bersama syarikat rakaman independen baru, Monkey Bone akan menganjurkan KAMI ‘The Gig’.

Konsert yang menghimpunkan pelbagai band indie terkemuka tanah air itu merupakan kesinambungan kepada penganjuran yang telah dilakukan pada tahun lepas.

Dijangka mencetuskan satu fenomena memandangkan muzik indie semakin mendapat tempat khususnya di kalangan remaja, lapan lokasi akan menjadi tempat persinggahan KAMI ‘The Gig’ yang bermula di City Plaza, Johor Bahru diikuti Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Choy, Perak hari ini.

Ia kemudiannya diteruskan pada 19 Julai iaitu di Dataran Pahlawan, Melaka, New World Park, Pulau Pinang (26 Julai); Wisma Belia, Pahang (3 Ogos); Ruums, Kuala Lumpur (9 Ogos); Terminal One, Seremban (24 Ogos) sebelum berakhir di Bukit Jalil, Kuala Lumpur 18 Oktober.

Antara nama-nama besar yang akan membuat persembahan ialah OAG, Butterfingers, Pop Shuvit, Hujan, Meet Uncle Hussain serta Bittersweet.

Band-band lain yang turut sama terbabit dalam penganjuran KAMI ‘The Gig’ ialah Estrella, Plague Of Happiness, Laila’s Lounge, Harmacy, They Will Kill Us All, Dragon Red, Pure Vibracion, The Times dan Couple.

Tidak ketinggalan Love Me Butch, One Buck Short, Republic Of Brickfields, The Agrobeats, Koffin Kanser, Blind Tribe, The Pilgrims dan Seven Collar T-Shirt.

Menurut Pengarah Monkey Bone, Ahmad Izham Omar, penganjuran KAMI ‘The Gig’ musim ini menyaksikan pertambahan penyertaan band serta lokasi.

“Persembahan paling besar adalah di Bukit Jalil yang akan menggabungkan sebanyak 22 buah band sementara di lokasi-lokasi lain, ia disertai antara enam hingga 10 band sahaja,” katanya sambil mengumumkan persembahan KAMI ‘The Gig’ adalah percuma.

Jelas Ahmad Izham, KAMI ‘The Gig’ sememangnya bertujuan mengetengahkan band indie kepada khalayak peminat terutama yang masih belum popular.

“Ia juga memberi peluang kepada mereka mengembangkan lagi pengaruh indie yang kini mampu bersaing dengan kumpulan muzik arus perdana lain,’’ katanya.

Sementara itu, Ahmad Izham turut menjelaskan bahawa KAMI ‘The Gig’ merupakan penjana kepada filem terbaru KAMI The Movie yang diterbitkan hasil kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd.. dan Red Films Productions.

Katanya, filem berkenaan akan ditayangkan pada Oktober depan.

Ia juga akan diiringi dengan penerbitan album runut bunyi filem berkenaan dengan menampilkan beberapa band indie.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.