saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 05/07/2008

Rock melon sumber rezeki


Sebahagian daripada rock melon yang dihasilkan di bawah projek fertigasi mega di Kampung Pela, Ajil, Hulu Terengganu.


HULU TERENGGANU 4 Julai - Rock melon mungkin nama asing bagi petani di kawasan ini suatu ketika dulu, namun nilai komersialnya di pasaran menyebabkan kerajaan negeri menjadikannya sebagai sumber rezeki yang menjana pendapatan golongan miskin di negeri ini.

Sehubungan itu, beberapa kawasan telah diteroka dan ditanam dengan tanaman rock melon dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar utama buah tersebut di negara ini.

Bermula dengan tanah-tanah terbiar, kerajaan negeri cuba memberi peluang kepada golongan petani untuk mengusahakan tanaman tersebut dengan pelbagai bantuan dan sokongan.

Kini selepas dua tahun, penat-lelah golongan petani terbabit telah menampakkan hasil dan kini mereka mampu tersenyum dengan pendapatan melebihi RM1,500 sebulan.

Di Kampung Pela, Ajil misalnya, tanah seluas 30 hektar telah diberikan oleh kerajaan untuk membantu golongan petani dengan mengusahakan tanaman-tanaman yang mampu memberi pulangan lumayan kepada golongan tersebut termasuk rock melon

Bagi penduduk kampung itu, mereka bertuah kerana kerajaan negeri menjadikan kawasan tersebut sebagai perintis projek fertigasi mega rock melon atau nama saintifiknya varieti glamour ditanam di tanah seluas empat hektar.

Beberapa petani ketika ditemui berkata, mereka seolah-olah tidak percaya tanah terbiar satu masa dahulu kini mampu memberi pendapatan sekali gus merubah kehidupan mereka.

Awang Ahmad, 46, memberitahu, selepas mendapat tawaran untuk menyertai program tanaman fertigasi mega rock melon, ia umpama mempunyai seorang anak baru yang perlu dijaga dan dibelai.

''Setiap hari selepas subuh kira-kira pukul 6.30 pagi saya akan ke kebun untuk melihat perkembangan tanaman buah-buahan ini," ujarnya yang menerima bantuan RM7,500 daripada kerajaan negeri sebagai modal pusingan.

Dia yang turut dibantu oleh isteri dan anak-anak mengakui begitu seronok apabila benih yang disemai dahulu kini telah membuahkan hasil.

Katanya, dia dan beberapa petani lain tidak perlu memikirkan tentang urusan pemasaran kerana terdapat satu syarikat yang dikhaskan untuk mengambil kesemua tanaman tersebut bagi tujuan dipasarkan.

''Mula-mula sertai program ini, saya risau program gagal tetapi dengan nasihat dan tunjuk ajar daripada pegawai pertanian, kini semua berjalan lancar dan mampu mengeluarkan hasil,'' ujar bapa kepada enam anak ini.

Jelasnya, mulai awal Ogos ini, semaian kedua akan dimulakan untuk tanaman yang sama bagi tahun ini.

Jelasnya, dia dan petani lain turut diberikan kesempatan berkursus sambil melawat ke projek fertigasi di Air Hitam, Johor yang menjalankan pertanian sama.

Bagi jirannya, Che Som Muhamad, 40, yang juga menyertai projek tanaman ini mengakui teruja apabila melihat hasil tanamannya sejak dua bulan lepas kini mendapat hasil.

''Biasanya selepas anak-anak keluar ke sekolah, suami akan hantar saya ke kebun untuk menguruskan tanaman sehingga petang," katanya.

Dia yang berasal dari Ketereh, Kelantan mengakui tanaman rock melon tidak sensitif seperti tanaman lain dan prosesnya mudah iaitu bermula dengan memasukkan benih ke dalam polybag seterusnya diatur di setiap batas.

''Dulu kami hanya bergantung pada kerja-kerja kampung tapi selepas menyertai program ini, pendapatan kami menjadi tetap dan ini semua merubah kehidupan menjadi lebih baik," kata ibu kepada tujuh anak ini.

Jelasnya, pada peringkat permulaan menyertai projek ini, ada juga cerita kurang enak yang didengar tetapi itu semua dianggap sebagai cabaran yang menguatkan lagi semangatnya untuk terus berbakti pada tanah.

''Alhamdullilah, semua tanaman yang diusahakan telah ditempah untuk di pasarkan di sekitar di negari ini," ujarnya gembira.

Yaakub Said, 55, pula berkata, sebelum terlibat dengan tanaman rock melon, kehidupannya bergantung kepada kerja-kerja kampung sahaja, namun kini mampu memperoleh RM1,800 sebulan.

Bapa kepada sembilan anak itu berharap kerajaan akan terus membantu golongan petani untuk terus menabur budi kepada tanah.

''Sejak menanam rock melon, kami sekeluarga tidak pernah putus belanja, malah sedikit daripada wang yang diperoleh itu boleh disimpan,'' katanya sambil memberitahu rock melon hanya memerlukan masa kira-kira 60 hari untuk dipetik hasilnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.