saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/07/2008

Mas Idayu terus berahsia


Mas Idayu


DI Indonesia penyanyi dangdut yang pernah melakar kontroversi iaitu Inul Daratista pernah dikecam gara-gara geleknya yang boleh ‘mengancam’ jiwa raga rakyat negara itu.

Ini kerana aksi gelek Inul yang dipanggil goyang gerudi dianggap sebagai keterlaluan dan berunsur lucah.

Malah penyanyi itu pernah diharamkan untuk muncul di pentas persembahan di Bandung tidak lama dulu gara-gara penampilannya yang dianggap berahi.

Di Malaysia, Mas Idayu salah satu contoh penyanyi dangdut yang berani.

Goyangnya walaupun tidak sehebat Inul ‘menggerudi’ mata penonton-penontonnya tetapi kemunculan Mas Idayu tentu akan mendapat perhatian.

Malah dia berjaya membawa trade mark tersendiri dengan teknik memegang ‘microphone’ keatas yang jarang dilakukan artis lain. Itulah kelainan Mas Idayu.

Lama tidak muncul, tiba-tiba tuan punya nama Masidayu Mesnin ini mencipta kisah panas.

Bukan panas aksi geleknya di pentas tetapi kemunculannya dengan Ella dan David Arumugam dalam konsert sempena kejohanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam yang dijadual malam ini mendapat bantahan.

Melihat tindakan itu agak keterlaluan tetapi beliau menerima ujian tersebut dengan pemikiran positif.

Cuma Ayu mengharapkan masyarakat tidak mudah melabelkan artis hanya membawa masalah dan keruntuhan moral.

Sebaliknya golongan itu turut berperanan membantu dalam melakukan kerja-kerja amal serta menyampaikan mesej yang baik kepada golongan belia.

Lama menghilang sesekali muncul penuh dengan kontroversi. Tetapi bukan itu yang dimahukan Ayu sebaliknya sakit hati melihat pandangan sesetengah pihak yang gemar memandang serong terhadap golongan artis.

Dan hari ini kemunculan semula Ayu bukan untuk suka-suka sebaliknya mempunyai matlamat mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan albumnya.

Sudah bersedia
Ayu boleh dianggap seorang artis yang banyak menyimpan rahsia diri. Beliau tidak mudah untuk menceritakan apa-apa perkara yang dianggap sensitif.

Koreklah macam-macam sekali pun kalau beliau berkata tidak, maka jawapannya tetap tidak.

Selama ini umum sudah mengetahui Ayu sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka. Berita itu sudah lama orang perkatakan tetapi sukar untuk mendengar penjelasan daripada mulut Ayu sendiri.

Susah sangatkah nak beritahu kahwin? Susah sangatkah nak cakap sudah ada anak?

Itulah cakap-cakap orang apabila penyanyi dan pelakon ini bertindak tidak mahu komen mengenai kisah peribadinya.

Tetapi selama mana ia boleh menyimpan rahsia itu? Sehinggalah apabila Ayu dan Aman berpisah, barulah dia dilihat mula bersedia untuk menceritakan status dirinya sendiri.

Selama ini bukan mahu berselindung tetapi wanita berusia 36 tahun ini mempunyai alasannya tersendiri kenapa berita perkahwinannya lebih 10 tahun itu terpaksa disimpan.

“Saya mahu menghormati pihak-pihak tertentu yang tidak membenarkan kami mendedahkan perkahwinan kami. Sebab itulah saya tidak banyak mengulas mengenai status diri saya tak lama dulu,’’ katanya.

Dan hari ini kata Ayu, tanyalah apa saja mengenai status dirinya dan pasti dia akan mengaku dan sudah bersedia menjawab apa juga perkara yang menjadi tanda tanya peminat-peminatnya.

Kisah-kisah dulu ada sebabnya. Kahwin adalah satu perkara yang dituntut dan berita itu perlulah dikongsi bersama.

Cuma alasan dan sebab-sebab yang perlu dipatuhi membataskan beliau untuk bercerita secara terus terang.

“Kami berkahwin dulu pun buat diam-diam, bila bercerai takkan kita nak hebohkan satu dunia. Kalau orang tanya, saya akan bercakap secara jujurlah,’’ jelasnya

Tetap berkawan baik
Tanpa mahu menyebut bila, Ayu mengaku dia dengan Aman sudah berpisah.

Menganggap sudah tiada jodoh, akui wanita ini hubungannya dengan bekas suami tetap baik apatah lagi mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Dayini yang kini berusia 10 tahun.

Sedih dengan perpisahan yang berlaku, sebagai orang yang sudah membina mahligai bahagia, tentu sahaja mengharapkan agar hubungan itu kekal berpanjangan.

Tetapi apakan daya kerana sudah ditakdirkan jodoh itu tiada, jalan terbaik adalah memutuskan hubungan tanpa ada sebarang permusuhan.

“Walaupun saya dan Aman bukan suami-isteri lagi tetapi saya gembira kerana kami tetap berkawan baik apatah lagi kami berkongsi kasih sayang yang sama iaitu anak,’’ katanya.

Mengakui selepas sekian lama hidup sebagai suami isteri, ada kalanya terasa sunyi apabila tiada seseorang di sisi.

Sebagai wanita yang pernah menjadikan lelaki bernama suami sebagai tempat bergantung kata Ayu sesekali datang perasaan sedih apabila mengimbas indahnya hidup berumah tangga.

Perpisahan itu mungkin ada hikmahnya tersendiri ujar Ayu, takkan dia mahu menanggung kesedihan itu setiap hari sebaliknya perlu meneruskan hidup seperti biasa.

Ditanya adakah kemungkinan dia dan Aman akan berbaik semula, menurut wanita ini segala-galanya diserahkan kepada Yang Maha Kuasa.

Jika itu yang ditakdirkan, tentu saja Ayu akan menerimanya kerana mereka mempunyai anak yang perlu diberi kasih sayang sepenuhnya.

“Kalau Allah menemukan semula jodoh kami, kita tidak boleh menolaknya. Apa yang penting hubungan kami sebagai kawan itu tetap baik kerana Dayini,’’ jelas beliau.

Kisah-kisah panas
Ayu dikenali seorang yang bercakap lepas. Tetapi itulah dirinya. Dia menjadi dirinya sendiri.

Sudah lama orang bercakap Ayu gemar mengambil seorang lelaki menjadi pengurusnya.

Sejak hampir enam tahun lalu, Uzae merupakan pengurus yang setia dengannya.

Ada yang berkata entah-entah Ayu bercinta dengan pengurusnya sendiri.

Ketawa dan menafikan dakwaan itu, ujar beliau sebagai perempuan, dia lebih suka bekerja dengan lelaki.

Bukan ada tujuan lain sebaliknya lelaki dianggap Ayu seorang yang lebih mudah berurusan berbanding jika dia menggajikan kaum sejenisnya untuk bekerjasama.

“Ambil manager lelaki lebih mudah. Kalau orang perempuan ni, dia tengok kita bersolek nak cantik, dia pun akan buat benda yang sama untuk lebih cantik daripada kita.

“Begitu juga kalau kita ada kerja-kerja di luar, apa akan jadi kalau kereta rosak tengah malam? Kalau pengurus lelaki mesti dia ada kekuatan untuk menjaga keselamatan kita berbanding perempuan,’’ katanya.

Kekal 1001
Kali terakhir Mas Idayu muncul dengan albumnya pada tahun 2002 dengan lagu Hasrat Perindu. Selepas itu beliau terus senyap tetapi bukan bererti beliau mahu mengundurkan diri dalam dunia seni.

Hari ini Ayu membuktikan bahawa dia masih diminati dan lagu-lagu dangdutnya sebelum ini mempunyai kekuatan untuk kembali mengangkat namanya.

Album kompilasi Kekal 1001 memperlihatkan kesungguhan Ayu untuk terus membuktikan dangdut yang menjadi ‘makanannya’ selama ini masih mempunyai pengaruh.

Mempertaruhkan dua lagu baru iaitu Dengar Dengarkan dan Goda-Godaan, Kekal 1001 yang keseluruhannya menampilkan 16 buah lagi hits beliau selama ini membawa kelainan dari segi vokalnya.

Berbeza dengan suaranya sebelum ini, ujar Ayu kematangannya selama ini tidak merakamkan album cuba diterjemah di dalam album tersebut.

Kenapa Kekal 1001? 1001 adalah gabungan tarikh lahirnya iaitu 10 Januari dan tentu saja Mas Idayu hanya ada satu dalam seribu.

‘‘Saya menganggap setakat ini Mas Idayu hanya ada saya seorang sahaja. Sebab itulah saya memberikan tajuk album ini 1001,’’ katanya.

Menampilkan muzik yang dianggap lebih moden, album edaran Warner Muzik ini dihasilkan atas bajet menggunakan wang titik peluhnya yang disimpannya selama ini.

Bertuah kerana memiliki studio rakaman sendiri iaitu Suara Production Mas Idayu, kos merakamkan dua single tersebut walaupun tidak menelan belanja yang besar sebaliknya ia berkualiti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.