saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 08/07/2008

Malaysia-Iran setuju tubuh Persatuan Ahli Parlimen


JAMALUDDIN Jarjis bersama tiga Ahli Parlimen lain (dari kiri) Ahmad Hamzah, Mohd. Puad Zarkashi dan Mohd. Nasir Ibrahim Fikri mengadakan kunjungan hormat ke atas Mahmoud Ahmadinejad (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Julai - Malaysia dan Iran bersetuju untuk menubuhkan persatuan yang dianggotai oleh ahli Parlimen kedua-dua negara bagi meningkatkan kerjasama khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Persetujuan itu dinyatakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam pertemuan ringkas dengan lima Ahli Parlimen Malaysia diketuai bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis di bilik penginapan beliau di sini hari ini.

Pertemuan Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin dengan Presiden Iran itu ialah atas jemputan Ahmadinejad.

''Ahmadinejad bersetuju dengan cadangan yang saya bawa supaya ditubuhkan persatuan ahli Parlimen kedua-dua negara agar dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran demi manfaat bersama.

''Presiden Iran itu turut menjemput anggota Parlimen Malaysia melawat Iran secepat mungkin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Jamaluddin, cadangan penubuhan persatuan itu telah dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

Turut menyertai Jamaluddin dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus, Terengganu); Datuk Wira Ahmad Hamzah (Jasin, Melaka) dan Datuk Abd. Manan Ismail (Paya Besar, Pahang).

Pertemuan tersebut diadakan atas jemputan peribadi Ahmadinejad kepada Jamaluddin yang sebelum ini pernah menjadi menteri pengiring kepada ketua negara Iran itu dalam lawatan kerjanya beberapa tahun lalu.

Ahmadinejad, tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) bersama dengan isteri dan 40 anggota delegasi yang terdiri daripada para pegawai kanan kerajaan.

Jamaluddin memberitahu Ahmadinejad berpuas hati dengan kerjasama yang dijalin antara kedua-dua negara sebelum ini dan berharap dengan penubuhan persatuan antara Parlimen tersebut dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala.

Sementara itu, dalam pertemuan yang sama, Mohd. Puad memberitahu, Presiden Iran menyatakan empayar Amerika akan runtuh tidak lama lagi berikutan kebencian masyarakat dunia terhadap negara itu.

Ahmadinejad, katanya, memberitahu masyarakat kini semakin mengubah pemikiran terhadap Amerika dan tidak melihat negara itu akan selama-lamanya berkuasa malah keruntuhan negara itu sudahpun bermula.

''Faktor ekonomi dan masalah dalaman yang dihadapi oleh negara tersebut sekarang adalah faktor kejatuhan mereka. Beliau turut memberitahu Iran akan menjadi kuasa penyatuan dan turut memberikan tekanan yang kuat terhadap Amerika. Beliau kata, jangan bimbang ia (kejatuhan Amerika) akan berlaku tidak lama lagi," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.