saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/07/2008

Gesa batal debat Shabery-Anwar

KUALA LUMPUR 7 Julai - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek digesa tidak meneruskan forum debat mengenai isu minyak dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 15 Julai ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, debat itu merupakan taktik Anwar melepas diri dan sekali gus mengalih perhatian rakyat daripada kes liwat yang sedang dihadapinya.

''Apa pentingnya debat itu kepada rakyat dan negara?

''Anwar sendiri sedang dalam pertuduhan liwat dan masih disiasat polis. Kini dia mahu mengalih pandangan dan cuba mencari sokongan rakyat dengan cara sebegini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai persetujuan Menteri Penerangan itu untuk berdebat dengan Anwar mengenai kenaikan harga minyak pada 15 Julai ini.

Tambah Syed Ali, kepandaian Anwar dalam memutarbelitkan isu dan mengabui mata rakyat seharusnya disedari sebelum ia benar-benar terlambat.

''Dia cuba heret Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dalam isu 1998.

''Apabila rakyat tidak yakin, dia cuba pula membuat tuduhan Timbalan Perdana Menteri kita ada kaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia pula," ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya, pihak media juga perlu memainkan peranan dengan mengurangkan liputan terhadap Anwar.

Tambahnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga perlu lebih tegas dalam memantau kandungan akhbar terutama harian berbahasa Inggeris yang dilihat sengaja memberi liputan meluas kepada Anwar.

''Kita minta KDN pantau laporan akhbar terhadap Anwar. Kenyataan Anwar jelas menimbulkan ketegangan dan keresahan rakyat,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.