saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/07/2008

Penggantian Nuri diteruskan walaupun bajet kementerian dikurangkan - Najib

09/07/2008 3:43pm

KUALA LUMPUR 9 Julai — Kementerian Pertahanan akan meneruskan rancangan untuk menggantikan pesawat Nuri walaupun belanjawan operasi kementerian itu dikurangkan sebanyak sembilan hingga sepuluh peratus atau RM300 juta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun dengan perbelanjaan yang lebih sederhana, kebanyakan operasi sedia ada akan diteruskan.

“Kita sedang meneliti keutamaan berdasarkan keadaan ekonomi dan langkah kerajaan menjimatkan perbelanjaan. Antara projek yang akan diteruskan termasuk penggantian helikopter Nuri di mana kita telah membuka tender antarabangsa tetapi keputusan muktamad belum dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku “Ibrahim Pahlawan Melayu” di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Pada 18 Julai tahun lepas, Kabinet bersetuju pesawat Nuri yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia sejak 1968 digantikan dengan pesawat baru dan proses penggantian itu akan mengambil masa antara dua setengah hingga tiga tahun. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zuhur 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.