saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 10/07/2008

Formula Future acara tetap Sukma

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu acara sukan air bermotor, Formula Future, dijadikan acara tetap dalam Sukan Malaysia (Sukma) bermula di Melaka pada 2010, kata Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob. di sini semalam.

"KBS akan terus memberi sokongan kepada acara sukan Formula Future ini. Jika aktiviti pembangunan sukan itu diperkuatkan, tidak mustahil ia akan menjadi acara sukan wajib dalam Sukma," katanya semalam.

Formula Future dijadikan sukan demonstrasi pada Sukma ke-12 yang berlangsung di Terengganu Mei lepas untuk memperkenalkannya kepada peminat sukan tanah air.

Ismail Sabri turut berkata, KBS kini memberi tumpuan kepada acara-acara sukan yang tidak memerlukan kekuatan fizikal tetapi lebih kepada keupayaan kemahiran seperti Formula Future.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri yakin kontinjen negara ke Kejohanan Dunia Formula Future kali ini mampu mempertahankan kejuaraan buat kali keempat.

"Ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menjadi juara dunia, apatah lagi dalam usia yang begitu muda. Kejayaan mereka semua adalah hasil daripada komitmen pemandu cilik itu dan juga ibu bapa. Mereka mempunyai semangat juang yang tinggi," katanya.

Selepas setahun acara sukan itu diperkenalkan di Malaysia, mereka berjaya mengharumkan nama negara dengan muncul sebagai juara secara berturut-turut pada 2004 dan 2005 di Lisbon, Portugal.

Pada kejohanan 2006 di Catania, Itali, Malaysia muncul naib juara setelah tewas kepada tuan rumah dan kembali merampas gelaran itu tahun lepas di Leer, Jerman.

Kejohanan Formula Future merupakan ujian kecekapan mengemudi bot getah bagi remaja berumur antara lapan dan 18 tahun, salah satu peringkat sebelum berlumba di peringkat tertinggi, Kejohanan F1 Powerboat Dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.