saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 10/07/2008

Penangan cendol Maklom


CENDOL Maklom disajikan bersama laksa, sup dan air batu campur.


TASEK GELUGOR 9 Julai - Sebut sahaja cendol, sudah terbayang semangkuk ais dengan santan bercampur jalur-jalur tepung berwarna hijau dan sirap gula merah... dingin lagi lazat. Sememangnya cendol, merupakan pencuci mulut yang sudah sinonim dengan masyarakat Melayu sejak 1940-an.

Di merata ceruk sama ada di kampung atau di bandar, cendol kini menjadi kegemaran ramai. Cendol bukan sahaja terkenal kerana kelazatannya, tetapi juga keunikan nama sisipannya yang selalunya diberi sempena dengan nama sesuatu tempat atau nama si penjual.

Bagi penduduk Pulau Pinang terutamanya di sekitar Seberang Perai, cerita kemasyhuran cendol Maklom yang dijual di sebuah gerai di perkampungan kecil Maklom, Sungai Dua memang sudah tidak asing lagi.

Entah apa rahsia ramuannya, cendol Maklom yang diusahakan oleh Azizan Zakaria, 42, sangat diminati bukan sahaja penduduk tempatan, malah oleh pengunjung luar termasuk dari negeri jiran seperti Kedah, Perlis dan Perak.

Malah, menurut penduduk di sini, tidak sah kunjungan rakan-rakan dari luar Pulau Pinang ke negeri ini jika tidak singgah menikmati cendol Maklom yang sudah diusahakan sejak 15 tahun lalu.

"Orang dok (selalu) tanya apa rahsia cendol Maklom. Saya kata sama sahaja dengan cendol lain tapi saya sangat mementingkan kesegaran bahannya," kata Azizan kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di gerainya baru-baru ini.

Menurut Azizan, berbeza dengan kebanyakan pengusaha cendol, susu tepung dan santan merupakan antara bahan terpenting dalam membuat minuman tradisional itu.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, santan yang digunakan dalam cendol yang diusahakannya itu pula akan dimasak supaya tahan lama selain menjamin tahap kebersihannya.

Menceritakan rutin hariannya, Azizan berkata, beliau akan memulakan kerja-kerja memproses cendol seawal pukul 7 pagi dengan bergegas ke pasar untuk membeli barangan keperluan termasuk tepung, kelapa dan daun pandan.

Menariknya, kata Azizan, dia memproses sendiri tepung untuk membuat cendol menggunakan mesin yang dibelinya sejak mula berkecimpung dalam perniagaan itu pada tahun 1993.

"Untuk memperoleh pendapatan sampingan, ada juga pengusaha cendol sekitar Pulau Pinang yang membeli tepung cendol yang saya proses sendiri di rumah," katanya.

Mengimbas semula pembabitannya dalam perniagaan cendol, Azizan berkata, dia bermula dengan modal RM500 dan mengusahakan jualan minuman itu secara kecil-kecilan sambil bekerja tetap di sebuah kilang di Perai, dekat sini.

Ekoran sambutan yang menggalakkan, Azizan mengambil keputusan berani dengan berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perusahaannya itu.

"Selepas (berhenti kerja) itu saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya usahakan perniagaan ini secara bersungguh-sungguh dan saya amat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang," katanya yang turut memiliki gerai bihun sup, kuih-muih dan minuman.

Azizan menambah, beliau juga sering memenuhi permintaan daripada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta untuk menyediakan juadah cendol pada majlis-majlis keraian atau sempena sambutan perayaan.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Azizan berkata, dia berhasrat mengembangkan sayap perniagaan dengan membuka cawangan-cawangan baru di Pulau Pinang.

Buat permulaan katanya, beliau sedang mencari tapak sekitar Butterworth kerana percaya kawasan itu cukup berpotensi untuk dijadikan cawangan perniagaannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.