saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 11/07/2008

Helikopter Nuri mendarat cemas

GURUN 10 Julai - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong dekat sini, dipercayai akibat masalah teknikal, kira-kira pukul 7.15 malam tadi.

Bagaimanapun, juruterbang dan penumpang yang dirahsiakan identiti mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, pesawat berkenaan digunakan untuk tugas rondaan ruang udara selain kegunaan pengangkutan kecemasan bagi anggota tentera.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam TUDM, ketika kejadian helikopter jenis SK 61A Nuri itu sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth, dekat sini dalam misi ulang alik menghantar bekalan.

"Pesawat SK 61A Nuri telah melakukan pendaratan di padang awam taman perumahan terbabit pada pukul 7.15 malam tadi setelah juruterbang mengesan sedikit masalah," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, pesawat terbabit dikatakan telah diterbangkan pulang ke Pangkalan Udara Butterworth pada pukul 12 tengah hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian, mendapati kawasan itu ditutup bagi mengelak orang ramai memasukinya, sementara beberapa kenderaan tentera diletakkan berhampiran pesawat terbabit.

Beberapa anggota tentera yang berpakaian seragam dilihat berkawal di sekitar kawasan itu dan mengarahkan orang ramai supaya menjauhi tempat berkenaan.

Beberapa wakil akhbar yang cuba meninjau dan mengambil gambar turut dilarang mendekati kawasan itu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zuhur 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.