saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 11/07/2008

Akta DNA akan dibentang di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 10 Julai - Akta DNA yang turut mengandungi profil DNA penjenayah sebagai prosedur mencari bukti kesalahan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ialah kaedah saintifik untuk mencari bukti berdasarkan sampel anggota badan seperti rambut dan air liur bagi mengukuhkan siasatan terhadap sesuatu kes jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perbincangan kementeriannya dengan pihak terlibat termasuk Jabatan Kimia telah dilakukan bagi melengkapkan kertas kerja tersebut.

Beliau berkata, setelah itu barulah dikemukakan ke Pejabat Peguam Negara untuk kajian dari sudut perundangan dan seterusnya bakal dikemukakan di Kabinet bagi mendapatkan kelulusan.

''Saya bercadang untuk membentang cadangan penubuhan Akta DNA ini pada sesi Dewan Rakyat sekarang jika tidak sempat mungkin pada sesi kedua atau ketiga,'' katanya.

Syed Hamid menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas memberi ucaptama pada simposium Kepakaran Dalam Undang-Undang Jenayah dan Sains Forensik di Malaysia: Antara Kenyataan dan Sains Fiksyen di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Timbalan Reaktor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hamidon Abdul Hamid.

Simposium tiga hari sehingga Sabtu ini dianjurkan bersama antara Pusat Undang-undang, Harun M. Hashim di UIAM dan PDRM.

Syed Hamid berkata, penubuhan Akta DNA itu penting kerana selain dapat meningkatkan kualiti siasatan, ia mampu mengukuhkan lagi siasatan secara konvensional dalam mencari bukti sesuatu kejadian jenayah.

Beliau menambah, sekaligus usaha itu dapat meningkatkan penggunaan kaedah terbaru dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di negara ini.

Katanya, sebagai pelengkapnya, Data Bank DNA Kebangsaan khususnya untuk menyimpan rekod-rekod pesalah juga bakal diwujudkan tidak lama lagi.

''Apabila DNA direkodkan bukti tepat dapat dihasilkan dan mereka yang terlibat tidak mampu menafikan kesalahan yang dilakukan,'' jelasnya.

Beliau berkata, inilah pentingnya DNA kerana ia memberi keadilan kepada mangsa bagi mencari pesalah sebenar yang melakukan sesuatu perbuatan jenayah.

Syed Hamid juga menyarankan agar penuntut jurusan undang-undang di negara ini didedahkan dengan subjek berkaitan saintifik termasuk DNA.

Katanya, ilmu itu penting bagi pengamal undang-undang memahami kaedah siasatan saintifik dilakukan apabila ia dikemukakan kepada mahkamah sebagai bahan bukti.

Jelas beliau, berbanding di negara Barat, penuntut turut ditawarkan kursus Medicolegal iaitu pengajian yang menggabungkan ilmu perubatan dan undang-undang.

habis

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.