saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/07/2008

Bala ke luar negara bukan lakonan polis – Bakri

11/07/2008 3:24pm

KUALA LUMPUR 11 Julai – Tindakan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam dan keluarganya melarikan diri ke luar negara bukanlah atas arahan atau ’lakonan’ pihak polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin.

Sambil menegaskan tuduhan yang mengaitkan tindakan Balasubramaniam dengan polis sebagai tidak berasas, beliau berkata tuduhan itu tidak seharusnya timbul kerana polis menjalankan siasatan secara telus dan profesional dalam mencari kebenaran tanpa mempunyai sebarang motif lain.

“Mengapa mesti heret pihak polis sekali dalam situasi seperti ini?

Janganlah perkara ini dijadikan sebagai ’media court’, ini bukan satu lakonan, inilah kenyataan, realiti yang perlu disiasat secara profesional dan teratur untuk kita mengetahui kebenaran sesuatu perkara.

“Polis bukan pelakon...saja-saja berlakon untuk jadi popular, tetapi hakikatnya kita siasat dan beri informasi yang benar untuk memastikan orang awam sentiasa peka dengan senario sebenar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan seminar pada Simposium Sains Forensik dan Undang-Undang Jenayah di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa polis berjaya mengesan Balasubramaniam serta keluarganya di sebuah negara jiran selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas dan mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian itu berhubung akuan bersumpahnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam berkata Balasubramaniam meninggalkan negara ini bersama keluarganya ke luar negara kerana bimbang keselamatan mereka terancam selepas membuat dua akuan bersumpah berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mohd Bakri turut menafikan andaian bahawa siasatan telah dihentikan selepas Balasubramaniam dan keluarganya ditemui.

“Siasatan kita tidak berhenti di sini, sekiranya sudah cukup semua bukti yang nyata, kita tiada masalah untuk bawa perkara tersebut kepada peguam negara.

“Siasatan kita punya asas (bukti), jika tiada asas kita akan siasat lebih lagi dan sekiranya kita mempunyai sebarang kes, kita akan cadangkan pada peguam negara untuk mendakwa. Polis hanya menyiasat tetapi pendakwaan di bawah kuasa peguam negara,” katanya. — BERNAMA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.